KUCHING:Astro Awani mengungguli Anugerah Kewartawanan Kenyalang kali ke 32 2020 selepas memenangi empat anugerah utama termasuk Anugerah Ketua Menteri Sarawak.
Wakil wartawan Astro AWANI, Nuzuluddin Abdul Razak, yang memenangi anugerah itu membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai.
Selain Anugerah Ketua Menteri Sarawak, laporan berita Tekad penjual midin ubah nasib keluarga karya Nuzuluddin Abdul Razak telah merah tempat pertama bagi kategori Anugerah Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar.
Laporan yang mengisahkan mengenai ketabahan pasangan suami isteri terpaksa menjual sayur midin untuk menyara keluarga selain pengajian persekolahan anaknya.
Kedaifan laporan itu turut mendapat perhatian Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah
Manakala wakil wartawan Fadilah Sulaiman dan jurukamera, Mohd Surfri Affendi pula berjaya meraih tempat kedua untuk kategori Anugerah Digital Ekonomi Penyiaran menerusi laporan berita D'virtual park tawar kelainan.
Bukan itu sahaja, pengorbanan menyelusuri ratusan hektar tanah bagi memadam kebakaran laporan Nuzuluddin bersama bekas wakil wartawan Astro AWANI, Syafik Ahmad serta jurukamera, Mohd Gustie Noor Ambia berjaya memenangi tempat ketiga bagi kategori Anugerah Wartawan Penyiaran.
Malam penghargaan tertinggi kewartawanan Sarawak itu dihadiri Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg diiringi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian.
Hadir sama, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Abdullah Saidol.
Azizah Alwi
Fri Nov 06 2020

Astro Awani mengungguli Anugerah Kewartawanan Kenyalang kali ke 32 2020 selepas memenangi empat anugerah utama. - Astro AWANI.

Cerita Sebalik Berita: Sesi persekolahan bermula, tinjauan calon SPM 2020
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Cerita Sebalik Berita: Pengalaman cikgu mengajar dalam talian
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Isu gantung Parlimen ke mahkamah dalam masa terdekat, kata Anwar Ibrahim
Menurut Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan cabar tindakan kerajaan mengantung Parlimen di mahkamah dalam tempoh terdekat.

COVID-19 | Ahli politik digesa bina pusat digital di rumah
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan menggesa semua ahli politik termasuk ahli Parlimen supaya membina pusat digital di rumah maisng-masing serta mengadakan sidang akhbar secara dalam talian bagi mengurangkan interaksi bersemuka.

Pesakit COVID-19 | Tiga hospital di Kedah dibuka
Kerajaan negeri Kedah menerusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menjadikan tiga hospital di negeri itu sebagai pusat rawatan bagi menempatkan pesakit positif COVID-19 dalam menampung pertambahan jumlah pesakit yang ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ketika ini.

Tindakan gantung Parlimen untuk halang suara rakyat dibahaskan - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim tegaskan penggantungan sidang Parlimen susulan pengisytiharan darurat adalah cubaan menghalang suara rakyat dibahaskan.

Calon SPM positif COVID-19, pelajar MRSM Lipis dikuarantin
Kumpulan pelajar MRSM Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.

Proklamasi Darurat mampu pulih ekonomi adalah kenyataan bercanggah, mengelirukan - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu bukan sahaja bercanggah, bahkan turut mengelirukan rakyat.

Usah bimbang keselamatan dan keberkesanan vaksin Pfizer - Pakar
Rakyat Malaysia tidak harus bimbang dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer.

COVID-19: 203 positif di Sarawak, kes tertinggi setakat ini
dengan 203 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini, kes keseluruhan di negeri itu kini berjumlah 2,570 kes.

Astro AWANI rangkul empat anugerah termasuk Anugerah Ketua Menteri Sarawak
Astro Awani mengungguli Anugerah Kewartawanan Kenyalang kali ke 32 2020 selepas memenangi empat anugerah utama termasuk Anugerah Ketua Menteri Sarawak.