awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI terima Anugerah Khas Buku Negara

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
20/06/2023
11:52 MYT
Astro AWANI terima Anugerah Khas Buku Negara
Anugerah berkenaan disampaikan oleh yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini pada Selasa. - Foto Astro AWANI
DURIAN TUNGGAL: Astro AWANI terus mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Khas Buku Negara sempena pelancaran Ekspo Buku Malaysia 2024.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini pada Selasa.
Ketua, Hal Ehwal Semasa dan Masa Depan Astro AWANI, Linda Salim berkata, anugerah daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berkenaan bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada Astro AWANI, sebaliknya turut membuka peluang dalam membantu merancakkan lagi industri buku negara.
“Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Buku Negara kerana mengiktiraf Astro AWANI sebagai tokoh media.
“Kesempatan ini juga kami berasakan ia adalah satu peluang kami bekerjasama secara strategik dengan pihak penganjur untuk merancakkan lagi industri buku negara,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Astro AWANI menerima anugerah berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola YPBN, Tan Sri Prof Abdul Latiff Abu Bakar dan Naib Canselor UTeM, Prof Massila Kamalrudin.
Selain Astro AWANI, tiga lagi tokoh yang turut menerima anugerah sama ialah Prof Datuk Zainal Kling, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran dan Datuk Mohd Alias Hamzah.
Sementara itu, Astro AWANI bersama 19 lagi agensi turut dilantik sebagai rakan strategik Ekspo Buku Malaysia 2024 yang dijangka bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.
Melaka bakal menjadi tuan rumah penganjuran ekspo berkenaan selaras dengan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.
Selain itu, Melaka dipilih sebagai tuan rumah memandangkan Melaka merupakan negeri paling aktif dalam aktiviti penerbitan buku.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Anugerah Khas Buku Negara
#Ekspo Buku Malaysia 2024
#Mohd Ali Mohd Rustam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan