awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hari pertama persekolahan SJKC Ladang Regent Elmina meriah, AI jadi tarikan utama
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI terima kunjungan pelajar China

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2015
06:29 MYT
Astro AWANI terima kunjungan pelajar China
Pelajar tahun kedua Universiti Komunikasi China di Beijing diberi taklimat oleh Pengarang Eksekutif Astro Awani, Abdul Razak Abu Chik (kiri). - Gambar Astro AWANI
Astro AWANI hari ini menerima kunjungan sekumpulan pelajar dari China yang melakukan tinjauan di pejabat dan studio saluran 501 di Bukit Kewangan, di sini hari ini.
Kesemua 19 pelajar tersebut merupakan penuntut tahun kedua Communication University of China di Beijing. Ada di antara penuntut tersebut yang agak fasih bertutur dalam bahasa Malaysia kerana mengambil subjek Bahasa Melayu di universiti.
Kunjungan empat hari kumpulan pelajar itu ke Kuala Lumpur bertujuan untuk membaik pulih penguasaan Bahasa Melayu.
Sempena kunjungan julung kali mereka ke Malaysia, pelajar-pelajar tersebut diberi nama jolokan Melayu termasuk 'Zawiyah', 'Yusuf' dan 'Juma'.
Studio
Studio
Pelajar-pelajar Communication University of China ketika melawat studio Astro AWANI. - Sumber Foto Astro AWANI
Pihak universiti juga mengalakkan mereka untuk menetap di Malaysia selama beberapa bulan untuk mendedahkan mereka kepada budaya Malaysia dan diberi peluang untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Di Astro AWANI, mereka diberi taklimat oleh Pengarang Eksekutif Astro Awani, Abdul Razak Abu Chik dan berpeluang bermesra dengan warga kerja Awani.
Pelajar-pelajar tersebut sempat menyumbangkan sebuah lagu rakyat berjudul, 'Dayung Sampan' dalam versi Bahasa Malaysia dan mendapat tepukan gemuruh dari warga Awani yang turut menyaksikan persembahan spontan itu.
Topic Berkaitan
#Abdul Razak Abu Chik
#Astro Awani
#pelajar China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan