Astro memperkenalkan tiga pakej jalur lebar fiber terbaharu iaitu 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps dalam usaha meningkatkan pengalaman jalur lebar pelanggan bermula dari RM189 sebulan.

Tawaran tambahan terbaharu hasil usaha sama Maxis Home Fibre itu bakal memenuhi keperluan semasa dan masa depan pelanggan dari segi sambungan internet terpantas untuk peranti jenis dalam talian.

Bagi pakej kelajuan 500Mbps dan 800Mbps, ia dipasangkan dengan dua peranti Wi-Fi mesh untuk liputan lebih baik dan signal Wi-Fi yang lebih kuat bagi setiap ruang bilik di kediaman pelanggan.

Dengan pelan terbaharu ini, pelanggan juga kini boleh mengakses di mana sahaja rancangan hiburan tempatan dan antarabangsa, program pendidikan kanak-kanak, animasi, siaran langsung sukan, termasuklah e-Sukan dan akses kepada kandungan berupa ‘stream on demand’.

Untuk pelanggan sedia ada, Astro menawarkan insentif istimewa untuk pelanggan setia sekiranya mereka bercadang untuk mendaftar pakej jalur lebar berserta langganan Astro mereka.

Pelanggan juga berpeluang menikmati pengalaman Ultra melalui ‘Astro’s new Ultra Box FREE of cost’.

Ultra box menampilkan 4K UHD, Cloud Recording dan antara muka (user interface) pengguna yang baharu.

Ia termasuk paparan jelas untuk pelbagai jenis skrin peranti, cadangan kandungan yang lebih baik berdasarkan sejarah tontonan (viewing history), main dari fungsi mula dan kebolehan untuk merekod pelbagai rancangan serentak.

Terdahulu, usaha sama strategik antara Astro dan Maxis menyaksikan pelancaran pakej 30Mbps dan 100Mbps yang disertakan dalam pakej kandungan Astro tahun lalu.

Pakej terbaharu ini mensasarkan keluarga moden dan individu yang menjalani gaya hidup internet ke atas cara mereka mendapatkan informasi, menikmati hiburan dan memastikan mereka sentiasa terhubung.