awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro umum Tunku Ali Redhauddin sebagai Pengerusi baharu

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
21/06/2022
11:18 MYT
Astro umum Tunku Ali Redhauddin sebagai Pengerusi baharu
Tunku Ali Redhauddin teruja untuk bekerjasama dengan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan serta akan mengukuhkan lagi posisi Astro dalam industri dengan mengutamakan pelanggan. - Gambar ASTRO
KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) pada Selasa mengumumkan pelantikan Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz sebagai Pengerusi baharu Astro bermula 23 Jun ini.
Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif di Lembaga Pengarah akan menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang akan bersara pada Rabu.
Tunku Ali Redhauddin berkata, beliau teruja untuk bekerjasama dengan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan serta akan mengukuhkan lagi posisi Astro dalam industri dengan mengutamakan pelanggan.
“Saya amat berbesar hati atas pelantikan sebagai Pengerusi baharu oleh Lembaga Pengarah Astro. Astro merupakan jenama peneraju utama Malaysia yang begitu sinonim dengan kandungan dan hiburan hebat dengan penggunaan teknologi inovatif.
“Saya teruja untuk bekerja dengan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan dalam meneruskan perjalanan Astro yang seterusnya di mana kami akan mengukuhkan lagi posisi kami dalam industri dengan mengutamakan para pelanggan.
“Mewakili pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tun Zaki atas pimpinan dan sumbangan beliau kepada Astro selama ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tunku Ali Redhauddin merupakan lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Sejarah dan Sosial dan Sains Politik dari Universiti Cambridge dan Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari John F Kennedy School of Government, Universiti Harvard.
Beliau juga merupakan Pengerusi untuk Yayasan Munarah, Teach for Malaysia, Cancer Research Malaysia dan WWF Malaysia serta Pemegang Amanah untuk Amanah Warisan Negara.
Selain itu, Tunku Ali Redhauddin merupakan Pro-Canselor di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Brigedier Jeneral serta Komander Rejimen untuk Rejimen Askar Wataniah.
Pada tahun 2013, beliau diiktiraf sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) dan Asia 21 Young Leader oleh Asia Society.
Sementara itu, Zaki yang berkhidmat sebagai Pengerusi Astro sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 berkata, beliau gembira kerana berpeluang bekerjasama dengan kumpulan yang kreatif, inovatif dan bersemangat dalam industri.
“Saya amat berpuas hati dengan progres transformasi terkini Astro apabila Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan mengatasi cabaran-cabaran serta menggunakan peluang sepenuhnya dari industri media yang sentiasa berkembang.
“Tahun kewangan berakhir 2022 (FY22) merupakan tahun yang mengujakan untuk Astro dengan pelbagai pelancaran produk inovatif seperti Ultra dan Ulti Box, ‘Plug & Play’ Box yang mampu berfungsi dengan penggunaan jalur lebar, aplikasi penstriman pertama mobil, sooka serta Astro Fibre iaitu tawaran jalur lebar pantas pertama kami,” ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Tunku Ali Redhauddin
#Bursa Malaysia
#Pengerusi Astro baharu
#Tun Zaki Tun Azmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan