BUKAN Malaysia sahaja dalam kehangatan kerana demam pilihan raya. Dunia ini, yang terbentuk komponennya atas konsep sebagai beberapa negara, digerakkan dengan pelbagai peraturan dan undang-undang. Yang menggerakkan perkara ini tentunya tidak lain dan tidak bukan adalah rakyat atau dipanggil juga warganegara, yang mengisi konsep sesebuah negara itu.
Maka, yang mewarnai negara itu adalah rakyat serta peraturan yang digubal untuk menjaga mereka, sama ada semakin baik atau sebaliknya. Peraturan itu pula, tidak boleh sewenang-wenangnya digubal atau dilaksanakan kerana memerlukan seseorang yang dipilih bagi menjayakannya.
Dengan itu, satu proses pemilihan dijalankan, dan proses itu dipanggil pilihan raya. Kerana sifatnya yang rencam mereka yang menggerakkan proses pilihan raya itu, iaitu rakyat, maka setiap kali itulah demam akan melanda. Rakyat yang menjadi hakim atau pemutus siapa wajar dipilih menerusi proses demokrasi akan demam memilih barisan siapa layak atau sebaliknya.
Begitu juga yang tersenarai sebagai calon dipilih, juga pening kepala memikirkan bagaimana dan apa peraturan serta undang-undang yang boleh menjaga kebajikan dan keselamatan penghuninya.
Begitulah sistem dalam sesebuah negara itu bergerak, di mana-mana negara sekali pun di dunia ini.
Dalam prosesnya, negara itu terbentuk dahulu, kemudiannya pilihan raya. Ini kerana pilihan raya ialah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat. Manakala, demokrasi pula adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kepimpinan mereka. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipangil kerajaan atau demoratik.
Untuk menjadi demokratik, negara itu perlu memenuhi beberapa elemennya. Ini termasuk, mengiktiraf hak asasi rakyat untuk memilih wakil mereka. Maka di sini, atas nama kebebasan dan demokrasi, itulah yang dapat kita lihat kepelbagaian dalam proses pemilihan itu. Kepelbagaian ini tidak terbatas kepada scenario umum proses berkenaan tetapi juga terpancar dalam kebebasan untuk mencalonkan diri sendiri, walaupun dilabel aneh oleh kelompok tertentu dalam sistem bernegara itu.
Pilihan raya dunia menjadi saksi sebahagian daripada proses ini disebabkan sistem bernegara itu berjalan sebagaimana diterima. Sebagai contoh, perkelahian sesama parti dan pemimpin; mereka yang ada pertalian keluarga berentap sesama sendiri; isu usia dan keupayaan sebagai ketua; calon pelik dan ternama, kesemuanya bebas untuk menjadi sebahagian daripada proses demokrasi yang membentuk mana-mana negara itu.
Apa yang penting, sebagai warganegara, mereka mempunyai tanggungjawab menjaga dan memelihara negara demi kebaikan bersama, walaupun dalam keadaan mahu merebut secebis kuasa.
Atas kuasa dan nama demokrasi, Thailand pernah menerima seorang chef menjadi Perdana Menteri, melalui Samak Sundaravej. Beliau meninggal dunia pada 24 November 2009 dan hanya sempat menjadi Perdana Menteri tidak sampai setahun. Begitu juga jiran kita paling dekat, Indonesia mengangkat Abdurrahman Gus Dur sebagai Presiden walaupun tidak memiliki pancaindera sempurna, buta sebelah mata, sebelum kemudiannya terdedah sebagai pemimpin kuat tidur tetapi didakwa kurang bekerja.
Di Filipina, artis diterima baik sehingga diberi tanggungjawab besar memimpin negara. Joseph Estrada antara yang jadi contohnya. Golongan artis juga diterima baik di Indonesia dan Kemboja serta beberapa negara ASEAN lain sehingga mereka diberi kepercayaan untuk mewakili parti sekali gus mentadbir negara.
Begitu juga di Amerika Syarikat. Atas namanya sebagai hero dan pejuang demokrasi, bintang filem aksi jadi pilihan pengundi, jawatan Gabenor California milik Arnold Scwarzenegger selama dua penggal bermula 2003 hingga 2011. Di Amerika Latin begitu juga. Nicholas Maduro, asalnya cuma seorang pemandu teksi, tetapi kerana kesetiaannya mengikut bekas Presiden Hugo Chavez, beliau dipilih rakyat Venezuela untuk menggantikan Chavez, menewaskan saingan lebih berwibawa, Henrique Capriles.
Atas pengiktirafan hak asasi sebagai sebahagian elemen demokrasi, seorang komposer teater dan artis dengan 90 peratus badannya dipenuhi tatu, tidak dilarang bertanding menjadi calon Presiden Republik Czech tahun lepas. Bagaimanapun, beliau kalah walaupun popular di kalangan pelajar dan mahasiswa kerana kesungguhannya mahu membawa perubahan kepada pendidikan di negara itu.
Bernegara, pilihan raya dan demokrasi saling berkait untuk menentukan elemen di dalamnya tidak lumpuh. Sebuah negara ada kerajaan, perkhidmatan awam, parlimen, pilihan raya, parti politik, manusia yang menjadi calon parti politik dan sebagainya, yang kita lihat sebagai sebahagian kehidupan bernegara. Tetapi di tengah-tengah kehidupan itu, tentunya ada peraturan dan prosedur.
Inilah tanggungjawab ahli-ahli Parlimen dalam sistem demokrasi itu. Jika mereka tidak bertanggungjawab, mereka menganiaya rakyat. Kerajaan dan negara dibentuk untuk berkhidmat kepada rakyat. Kalau zalimi rakyat, namanya bukan demokrasi.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Apr 22 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Mahkamah Romania arah pilihan raya semula
Mahkamah Perlembagaan Romania pada Jumaat membatalkan pusingan pertama pilihan raya presiden, dan mengarahkan pilihan raya semula.
Pakatan pemerintah Ireland hilang majoriti dalam PRU
Pakatan pemerintah Ireland gagal memperoleh 88 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 29 Nov.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Navin Ramgoolam dilantik sebagai Perdana Menteri Mauritius
Ketua pembangkang Mauritius, Navinchandra Ramgoolam dilantik secara rasmi pada Selasa sebagai perdana menteri baharu berikutan kemenangan gabungan Alliance of Change dalam pilihan raya parlimen.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ubat selesema punca PM Jepun dilihat terlelap di Parlimen
Ubat selesema menjadi punca Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dilihat tertidur seketika semasa sesi Parlimen pada Isnin, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan jurucakap utama kerajaan.
Kabinet Perdana Menteri Jepun Ishiba letak jawatan sebelum undian Parlimen
Shigeru Ishiba bersama anggota Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin sebelum undian Parlimen diadakan bagi memilih perdana menteri baharu, susulan keputusan pilihan raya umum bulan lepas.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.