KUALA LUMPUR: Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lepas, memilih untuk tidak menjawab surat tunjuk sebab kepada Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), walaupun diberi tempoh akhir berbuat demikian hari ini.
Pengarah ADAMAS Azura Abidin berkata atlet terbabit telah menolak untuk mencabar ujian sampel B dan memilih untuk proses pendengaran dijalankan ke atasnya.
Beliau berkata agensi berkenaan kini sedang giat membuat persiapan untuk sesi pendengaran tersebut dengan meneliti bukti sedia ada, namun tidak memaklumkan tarikh berlangsungnya sesi berkenaan akan diadakan.
"Selepas pendengaran, kita akan dapat semua maklumat daripada ahli jawatankuasa pendengaran yang dilantik. Kemudian kita akan beri atlet ini sedikit tempoh untuk pihak panel duduk bersidang dan buat keputusan, selalunya ia mengambil masa sebulan.
"Sekiranya atlet itu didapati bersalah, beliau diberikan hak untuk membuat rayuan," katanya kepada pemberita selepas Program Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia di sebuah hotel di sini hari ini.
Program berkenaan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, yang berkongsi pandangannya mengenai Dasar, Tadbir Urus dan Peraturan Sukan.
Dalam pada itu, Azura berkata seluruh proses dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan daripada insiden doping dikenal pasti, selain keputusan kes itu bakal dikemas kini dalam sistem yang boleh diakses oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).
Jun lepas, ADAMAS mengumumkan satu insiden doping melibatkan seorang atlet olahraga pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil itu.
Tanpa mendedahkan butiran atlet, ADAMAS mengesahkan bahawa keputusan doping itu positif terhadap penggunaan bahan terlarang bagi bahan sibutramine.
Berikutan itu, atlet tersebut digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga keputusan proses pendengaran diumumkan.
Atlet berkenaan kemudian diberi tempoh sehingga hari ini untuk menjawab surat tunjuk sebab daripada ADAMAS, namun memilih untuk proses pendengaran dijalankan terhadapnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Azura berkata atlet terbabit telah menolak untuk mencabar ujian sampel B dan memilih untuk proses pendengaran dijalankan ke atasnya. - Gambar FB Anti-Doping Malaysia
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua tangkapan dibebas tanpa syarat
Tangkapan yang dibebaskan ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pelajar IPT yang ditangkap pada hari kejadian.
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
Atlet perlu berjiwa besar raih kejayaan di Paris - Hannah
Komitmen Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN - Hannah
Hannah berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.