Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengarahkan 1000 anggotanya bersiap sedia untuk operasi pembersihan kawasan awam yang dilanda banjir di Pantai Timur.
Operasi berkenaan akan dimulakan sejurus keadaan pulih sepenuhnya.
Panglima Lapan Briged Infantri Malaysia, Pengkalan Chepa, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata pihaknya telahpun mengarahkan pegawai pemerintah di kem terlibat untuk mengenal pasti kawasan terbabit.
Gerakan itu katanya akan dijalankan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysi (JPAM) dan Jabatan Kesihatan.
Anggota tentera terlibat akan membantu membersihkan kawasan tumpuan awam seperti masjid, surau dan balai raya sebagai susulan kepada kerja membantu mangsa banjir.
Turut dikerah ialah anggota yang terlibat dalam 'ops merpati' dan 'ops wawasan' bagi membantu mangsa banjir di Rantau Panjang dan tumpat yang merupakan antara kawasan paling teruk dilanda banjir.
Sementara itu, Mercy Malaysia dalam kenyataan media juga memaklumkan pihaknya telah mengerah pasukan bantuan ke Terengganu.
Tumpuan utama mereka adalah untuk membantu mangsa dipindahkan khususnya di Besut yang mempunyai jumlah mangsa paling ramai.