awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM, MINDEF perhebat bantuan pascabanjir

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/12/2021
11:00 MYT
ATM, MINDEF perhebat bantuan pascabanjir
Hishammuddin berkata ATM dan MINDEF akan meningkatkan lagi pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pasca banjir termasuk pencegahan penularan COVID-19. - Bernama
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan meningkatkan lagi pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pascabanjir termasuk pencegahan penularan wabak COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, ini selari dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang semalam berhubung penambahan jumlah anggota, khusus untuk membantu kerja-kerja pembersihan.
“ATM akan terus berada dalam kesiapsiagaan tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk gelombang kedua banjir.
“Satu batallion telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan.
“Saya juga menerima laporan berhubung situasi di mana bot-bot ATM terpaksa digunakan tanpa henti di kawasan-kawasan yang terjejas.
“Susulan itu, MINDEF telah berhubung secara terus dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF) bagi membuat pembelian kecemasan sebanyak 55 unit Outboard Motors (OBM). Alhamdulillah, permohonan ini telah diluluskan oleh pihak MOF,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: 'Kami cuba untuk bangkit' - Penduduk
Tambahnya, setakat 25 Disember, ATM telah mengatur gerak 998 pegawai dan anggota dari seluruh perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selain 96 aset pelbagai jenis dan berjaya memindahkan 32,661 mangsa banjir ke PPS.
Beliau juga memaklumkan Putera Raja Arab Saudi, Putera Turki bin Mohammed bin Fahd bin Abdulaziz Al Saud menawarkan bantuan kepada Malaysia.
“Saya juga ingin memaklumkan, pagi tadi saya telah dihubungi oleh Yang Amat Mulia Putera Turki bin Mohammed bin Fahd bin Abdulaziz Al Saud, Putera Raja Arab Saudi yang telah menyatakan hasrat untuk membantu usaha kami bagi menyediakan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Center,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#hishamuddin tun hussein
#ATM
#Angkatan Tentera Malaysia
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan