Sebuah kereta milik seorang kontraktor meletup dan terbakar selepas dibaling bom molotov dalam kejadian di depan rumahnya di Taman Seri Gelugor, Tasek Gelugor pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 2.25 petang itu, bunyi letupan itu dikatakan kedengaran sehingga 1.5 kilometer menyebabkan penduduk kampung berhampiran bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, kereta jenis Audi A6 milik lelaki berusia 62 tahun itu diletakkan di hadapan rumah jiran mangsa dan terbakar hampir 90 peratus.
Siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki yang menunggang motosikal berhenti di kereta itu lalu memecahkan cermin kenderaan tersebut.
Lelaki berkenaan dilihat memasukkan sesuatu dan kereta berkenaan meletup tidak sampai seminit selepas lelaki terbabit beredar.
Mazlan berkata, rakaman CCTV itu telah diambil untuk dianalisis manakala usaha mengesan suspek giat dijalankan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan motif kejadian masih disiasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, salah seorang penduduk yang tinggal berdekatan berkata, dia terkejut sebaik sahaja mendengar letupan kuat di depan rumahnya.
Dia yang bergegas keluar mendapati kenderaan milik jirannya yang di letakkan di hadapan rumahnya telah meletup.
Ujarnya, kejadian hampir sama pernah berlaku beberapa tahun lalu membabitkan pemilik kereta yang sama apabila kereta mewah milik lelaki itu juga dibakar di hadapan rumahnya.
Astro Awani
Sat Oct 25 2014
Kereta jenis Audi A6 itu terbakar hampir 90 peratus. - Astro AWANI
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Warga asing kemalangan rempuh pagar Istana Besar Johor
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan melanggar dua kereta sebelum merempuh istana besar di Kilometer 2.3 Jalan Skudai, Pantai Lido pada Jumaat.
Manipulasi pelepasan diesel: Pengakuan dijangka direkodkan daripada bekas ketua Audi
Pengurus itu yang juga ahli lembaga kumpulan VW berkata pada awal Mei bahawa dia akan membuat pengakuan itu.
EU denda empat pengeluar kereta Jerman
Kesatuan Eropah (EU) mendenda empat pengeluar kereta utama Jerman dengan jumlah 875 juta Euro.
Pembuli jalan raya ditahan polis di Johor
Ismail berkata, bertindak atas maklumat, 'pembuli' berumur 27 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 12 tengah hari Ahad di Permas Jaya untuk membantu siasatan.
Pening kepala Peter Hugh Davis bila anak jadikan Audi putih kanvas seni
Mana tidaknya, baru tinggalkan 10 minit, hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.
Kenderaan Volkswagen hasilkan tahap karbon luar biasa
Volkswagen yang berdepan skandal penipuan ujian pembebasan karbon, mendedahkan pada Selasa ia mengesan tahap pengeluaran karbon luar biasa pada kenderaan keluarannya.
Nvidia kuasakan teknologi ‘Virtual Cockpit’ Audi di dalam model TT
Spesifikasi cip yang tinggi membolehkan kadar ‘refresh’ setinggi 60fps untuk paparan imej terbaik
Dipersembahkan, Audi A4 terbaharu (B9)! Sedan dan wagon dilancarkan serentak
Akan dilancarkan dengan rasmi di Frankfurt pada September nanti. Tidak banyak beza di luar, tetapi realitinya banyak yang diperbaharui
Bahan api sintetik masa hadapan sumber pembakaran kita?
Audi berjaya hasilkan bahan api yang tidak berasal daripada petroleum. Ia membakar dengan bersih tanpa kandungan sulfur#
TT Clubsport Turbo konsep terbaharu Audi
Bukan kali pertama sistem turbo dikuasakan elektrik diketengahkan, dan setiap kali disebut, mesti ia menjadi perhatian. Kali ini 600hp dari enjin 2.5-liter!