awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audit: PPj lakukan pembaziran dengan tidak guna semula kiosk sedia ada

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2015
09:00 MYT
Audit: PPj lakukan pembaziran dengan tidak guna semula kiosk sedia ada
Perbadanan Putrajaya (PPj) telah melakukan pembaziran dengan tidak menggunakannya semula kiosk yang sedia ada dan membeli kiosk yang baru untuk Festival Ramadan.
Perbadanan Putrajaya (PPj) didakwa melakukan pembaziran dengan tidak menggunakan semula kiosk sedia ada dan membeli kiosk yang baharu untuk Festival Ramadan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, daripada 30 kiosk bernilai RM481,700 yang dibeli untuk Festival Ramadan 2013, sebanyak 26 kiosk bernilai RM423,700 tidak digunakan semula oleh PPj untuk Festival Ramadan 2014.
Sebaliknya, PPj telah menyewa 76 kiosk berjumlah RM345,760 untuk Festival Ramadan 2014.
“Tiada perancangan teliti yang dibuat oleh PPj untuk menentukan kiosk patut dibeli atau disewa menyebabkan berlakunya pembaziran kerana kiosk sedia ada tidak digunakan semula,” kata laporan itu.
Di dalam maklum balas daripada PPj pada 29 Disember lepas, apabila kiosk tersebut hendak diguna semula, didapati terdapat kerosakan pada kiosk disebabkan oleh kelemahan reka bentuk yang memerlukan kos pengubahsuaian yang agak tinggi dan tempoh masa yang lama untuk memasang semula.
Ia berkata, pada masa sama, terdapat permintaan untuk menambah bilangan ruang niaga daripada 30 ke 76 lot.
“Sehubungan dengan itu, PPj memutuskan untuk menyewa kiosk bagi Festival Ramadan 2014.
“Bagaimanapun, kiosk yang digunakan pada Festival Ramadan 2013, akan digunakan semula dengan sedikit pengubahsuaian di tempat-tempat yang dikenal pasti seperti di taman-taman awam.
“Sebanyak 12 kiosk telah siap dipasang dan baki 18 kiosk akan dipasang lagi secara berperingkat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Festival Ramadan
#Ketua Audit Negara
#kiosk
#Perbadanan Putrajaya
#PPj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan