awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial

Amanz
Amanz
07/11/2024
04:20 MYT
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Menurut Albanese, langkah diambil kerana “media sosial mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak dan beliau akan menghentikannya daripada berterusan”. -Gambar hiasan/Bernama
PERDANA Menteri Australia Anthony Albanese hari ini mengumumkan pentadbiran beliau akan memperkenalkan rang undang-undang (RUU) yang mengharamkan penggunaan media sosial kepada individu di bawah usia 16 tahun.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengumumkan rang undang-undang (RUU) yang akan mengharamkan penggunaan media sosial kepada individu di bawah usia 16 tahun, tanpa pengecualian walaupun dengan kebenaran ibu bapa.
  • RUU ini akan dibentangkan tahun ini dan dijangka berkuat kuasa setahun selepas diluluskan oleh parlimen. Media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram, X, dan YouTube akan terkesan oleh pengharaman ini.
  • Albanese menyatakan bahawa langkah ini diambil kerana media sosial dianggap mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak, dan beliau bertekad untuk menghentikannya.

RUU akan dibentangkan tahun ini dan akan berkuat kuasa setahun selepas diluluskan oleh parlimen.
Sekiranya menjadi kenyataan, Australia akan menjadi negara dengan RUU mengharamkan penggunaan media sosial dalam kalangan individu bawah umur paling ketat di dunia.
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Menurut Albanese, langkah diambil kerana “media sosial mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak dan beliau akan menghentikannya daripada berterusan”.
Di bawah RUU ini, media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram, X dan YouTube akan terkesan.
Wakil kesemua media sosial masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai rancangan Australia ini.
Selain Australia, Perancis juga mempunyai RUU mengharamkan penggunaan media sosial oleh individu bawah umur tetapi terdapat kelonggaran kepada mereka yang mendapat kebenaran ibu bapa. -Amanz
Topic Berkaitan
#Australia
#media sosial
#Rang Undang-Undang
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan