GADGETS
Australia klasifikasi YouTube sebagai media sosial, haramkan akses kanak-kanak bawah 16 tahun

YouTube kini diklasifikasikan sebagai media sosial selepas kajian mendapati 37% kanak-kanak 10-15 tahun terdedah kepada kandungan berbahaya di platform itu. -Gambar fail/Adobe Stock
Australia mempunyai rang undang-undang paling ketat mengenai penggunaan platform media sosial di dunia.
Ringkasan AI
- Australia melarang individu bawah 16 tahun daripada mengakses semua platform media sosial termasuk YouTube, dengan denda sehingga A$49.5 juta bagi pelanggaran.
- YouTube kini diklasifikasikan sebagai media sosial selepas kajian mendapati 37% kanak-kanak 10-15 tahun terdedah kepada kandungan berbahaya di platform itu.
- Negara-negara lain seperti UK, Denmark, dan Malaysia turut mempertimbangkan atau menguji langkah sekatan umur terhadap akses media sosial.
Dalam sebuah kajian yang dilakukan badan pengawasan internet Australia, 37% kanak-kanak berumur 10-15 tahun melaporkan melihat kandungan berbahaya di YouTube dengan ia adalah peratusan tertinggi berbanding media sosial lain.
Sebelum ini YouTube dikecualikan daripada klasifikasi ini menyebabkan Facebook, Instagram, Snapchat dan TikTok mengatakan ia adalah tindakan yang tidak adil.
Wakil YouTube mengatakan pihak mereka akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Australia.
YouTube menegaskan ia adalah sebuah platform perkongsian video yang diakses menggunakan TV dan bukannya sebuah laman media sosial.
Di Malaysia YouTube juga mengatakan ia bukan sebuah platform media sosial dan tidak perlu memohon lesen yang diwajibkan kerajaan sejak Januari tahun ini.
Yang pasti tahun ini melihat semakin banyak negara mula mengenakan halangan penggunaan internet ke atas individu bawah umur.
Sejak beberapa minggu lalu United Kingdom, Denmark, Greece, Itali, Perancis dan Sepanyol menjadi enam negara pertama Eropah menguji ciri pengesahan umur sebelum sesebuah laman boleh diakses.
Semalam Malaysia pula sedang meneliti untuk mengharamkan media sosial digunakan oleh kanak-kanak bawah 13 tahun. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami