KUALA LUMPUR:Personaliti terkenal tanah air, Awal Ashaari yang baru saja menimang cahaya mata kedua pada 12 Februari lalu sekali lagi berhadapan dengan tindakan saman daripada syarikat hiasan dalaman Naz Carpentry.
Syarikat berkenaan mengemukakan saman RM300,000 terhadap Awal yang didakwa telah melanggar kontrak.
Menurut Naz Carpentry, saman tersebut difailkan minggu lepas di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors.
Kenyataan itu mendakwa, Awal melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baharu defendan dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.
“Naz Carpentry dalam samannya menuntut deklarasi bahawa defendan Awal Ashaari tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.
“Naz Carpentry juga menuntut lebih dari RM300,000 dibayar oleh defendan Awal Ashaari termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain,” kata Naz Carpentry dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
BACA: Awal Ashaari disaman akibat keluarkan kenyataan fitnah
BACA: Ubah suai rumah: Awal Ashaari fail tuntutan balas RM750,000 terhadap Naz Empire
Selain itu, Naz Carpentry juga menuntut ganti rugi teladan, kos tindakan dan lain-lain relif atau perintah yang dianggap manfaat oleh mahkamah.
Kenyataan itu turut memetik kenyataan peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan bahawa saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari.
Pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry telah menyaman Awal Ashaari dan menuntut RM3 juta kerana telah menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemilik syarikat tersebut melalui kempen media sosial di akaun Awal Ashaari.
“Anak guam berpendapat bahawa Awal Ashaari tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak pihak-pihak dan percaya bahawa anak guam berhak menuntut jumlah penuh kontrak akibat pelanggaran tersebut,” tambah Nurul Hafidzah.
Sementara itu, Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan berkata, krisis yang dihadapi oleh pengasas dan syarikat hiasan dalaman tersebut memberi ancaman serius terhadap kredibiliti dan perniagaan mereka.
“Ancaman reputasi yang dihadapi Naz Carpentry telah menimbulkan spekulasi yang merosakkan imej, reputasi dan jenama peribadi, dan jenama perniagaan syarikat, terutamanya apabila fakta tidak tepat telah tersebar di seluruh negara hanya dalam beberapa minit melalui penggunaan teknologi oleh masyarakat kini.
“Walaupun krisis ini telah memberi kesan terhadap ekuiti jenama perniagaan syarikat, Naz Carpentry percaya yang imej, reputasi dan jenama mereka akan berjaya dilindungi dan dipulihkan melalui tindakan undang-undang ini.
“Hasil dan mutu kerja Naz Carpentry melalui senarai klien terdahulu yang terdiri dari individu berprofil tinggi dan dihormati merupakan testimoni bagi kredibiliti kerja mereka,” jelas Saiful Ridzuan.
Naz Carpentry merupakan syarikat hiasan dalaman yang terkenal dalam kalangan selebriti, individu berprofil tinggi termasuk dari kerabat diraja dan orang kenamaan.
BACA: Awal Ashaari dan Scha timang anak kedua, Lara Alana dapat adik perempuan
Astro Awani
Mon Feb 15 2021

Awal Ashaari didakwa melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru defendan dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak. - Gambar fail

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.

Demi kesihatan mental keluarga, Aaron Aziz enggan komen lagi
Enggan isu itu berlarutan sehingga mengganggu kesihatan mental isteri dan anak-anak, beliau memutuskan untuk tidak mahu lagi memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Kerajaan sedia RM100 juta untuk Jualan Rahmah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk program untuk Jualan Rahmah.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

12 lorong RFID ditambah di Lebuhraya Utara-Selatan
Penambahan 12 lorong RFID di Lebuhraya Utara-Selatan sudah selesai dan mula beroperasi sejak 11 Mac lepas. Lorong tambahan berkenaan adalah di di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Awal Ashaari akan kemuka representasi berkenaan pertuduhan rosak palang pagar
Pihak Awal Ashaari bercadang untuk mengemukakan representasi berdasarkan dokumen yang diterima daripada pihak pendakwaan hari ini.

Kes saman fitnah Naz Empire terhadap Awal Ashaari gagal selesai melalui mediasi
Kes saman fitnah sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah terhadap Awal Ashaari gagal diselesaikan melalui proses mediasi.

'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.

Proses mediasi jumlah ganti rugi kes saman Awal, Scha-D'Haja pada 17 Jan 2022
Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.

Naz Carpentry terbuka selesai saman terhadap Awal Ashaari secara mediasi
Proses rundingan secara mediasi itu dapat memberikan penyelesaian secara 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak.

Mahkamah cadang saman Naz Empire terhadap Awal Ashaari selesai secara mediasi
Hakim mencadangkan kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes akan diteruskan dengan perbicaraan.

Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari, Scha Alyahya
Perkongsian itu dibuat Awal dan Scha sempena genap sebulan usia anak mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.

Awal Ashaari disaman lagi RM300,000 oleh Naz Carpentry
Saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari daripada Naz Carpentry.

Naz Carpentry fail permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ashaari
Pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.

Ubah suai rumah: Awal Ashaari fail tuntutan balas RM750,000 terhadap Naz Empire
Selepas disaman RM3 juta oleh sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah atas dakwaan memfitnah, personaliti televisyen Awal Ashaari pula memfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi RM750,000.