KUALA LUMPUR:Setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti daripada pelakon dan juga pengacara televisyen, Awal Ashaari, syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry meneruskan tindakan menyaman selebriti itu dan dua defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu.
Syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.
Naz Carpentry telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors.
"Awal Ashaari, seorang pengguna Instagram dengan hampir lima juta pengikut di laman media sosial tersebut dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November 2019 dan November 2020.
"Beliau didakwa telah merosakkan imej, jenama, dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu," kata kenyataan daripada pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications.
Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa hantaran, catatan dan komen fitnah oleh Awal memberi gambaran negatif mengenai organisasi tersebut, selain menjejaskan kedudukan syarikat tersebut dalam industri, serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.
"Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan.
"Oleh itu, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini.
"Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim kepada Awal Ashaari, cara yang betul adalah untuk Awal Ashaari melantik seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau," kata kenyataan itu.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan Syarikat berkata, anak guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat oleh Awal yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga.
Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam Zeti Zulkifli dan Wan Azmir Wan Majid.
Wan Azmir ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, pihaknya akan membuat penyerahan tuntutan saman tersebut dalam masa terdekat dan selepas penyerahan dibuat, pihaknya akan menunggu langkah seterusnya oleh pihak Awal.
"Untuk kes yang difailkan terhadap Awal, kami baru extract saman dari mahkamah pada hari ini, kami akan buat penyerahan sama ada esok atau dalam minggu ini kepada Awal.
"Selepas penyerahan dibuat, kami akan menunggu sama ada terdapat peguam cara yang dilantik dan terus pergi ke mahkamah untuk menunggu kehadiran dan difailkan oleh Awal selepas itu.
"Kami akan tunggu sama ada pembelaan akan difailkan dan akan terus dibicarakan kes ini," jelasnya.
Secara kolektif, barisan peguam yang dilantik oleh Naz Carpentry pernah mewakili anak guam berprofil tinggi termasuk seorang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin Abdullah, Linda Rafar, Zarina Anjoulie Lavocah, dan Ammar Alfian, antara lain.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas daripada Awal Ashaari.
Astro Awani
Tue Nov 17 2020

Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan. - Foto" Instagram Awal Ashaari

Azeem Fahmi buru catatan bawah 10.20s
Pelari sensasi olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi, menyasarkan larian di bawah catatan 10.20 saat pada penampilan pertamanya saingan 100 meter sejak berguru di Amerika Syarikat empat bulan lalu.

Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.

AWANI Ringkas: Inisiatif Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.
![AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015338/7699752941679576774925_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqmna Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Hari pertama puasa, apa cerita Bazar Ramadan? Tidak kira siapa terlibat, hapuskan amalan rasuah, titah Sultan Johor Lebuh raya Plus tungu masa laksana pembayaran terbuka Selepas hukuman mati mandatori, penjara seumur hidup pula dimansuhkan #AWANInews

Dua maut, lima cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan
Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kota Tinggi.

AWANI Ringkas: Penjara hingga 40 tahun, sebatan ganti penjara seumur hidup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dialog Poket Rakyat: Poket raya, jangan sampai 'kering'
Impak tekanan kos sara hidup mengurangkan ‘keseronokan’ pengguna berbelanja? Inisiatif Rahmah, pengguna dan peniaga puas hati? Inisiatif Rahmah, sampai bila boleh bertahan? Dialog Poket Rakyat, Khamis 8.30 malam

Hari pertama bazar Ramadan meriah walaupun renyai
Setiap kali tibanya Ramadan antara yang menjadi tumpuan ialah bazar Ramadan, kerana pelbagai jenis juadah berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden boleh didapati dan dibeli.

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara
Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan KPWKM.

Awal Ashaari akan kemuka representasi berkenaan pertuduhan rosak palang pagar
Pihak Awal Ashaari bercadang untuk mengemukakan representasi berdasarkan dokumen yang diterima daripada pihak pendakwaan hari ini.

Kes saman fitnah Naz Empire terhadap Awal Ashaari gagal selesai melalui mediasi
Kes saman fitnah sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah terhadap Awal Ashaari gagal diselesaikan melalui proses mediasi.

'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.

Proses mediasi jumlah ganti rugi kes saman Awal, Scha-D'Haja pada 17 Jan 2022
Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.

Naz Carpentry terbuka selesai saman terhadap Awal Ashaari secara mediasi
Proses rundingan secara mediasi itu dapat memberikan penyelesaian secara 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak.

Mahkamah cadang saman Naz Empire terhadap Awal Ashaari selesai secara mediasi
Hakim mencadangkan kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes akan diteruskan dengan perbicaraan.

Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari, Scha Alyahya
Perkongsian itu dibuat Awal dan Scha sempena genap sebulan usia anak mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.

Awal Ashaari disaman lagi RM300,000 oleh Naz Carpentry
Saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari daripada Naz Carpentry.

Naz Carpentry fail permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ashaari
Pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.

Ubah suai rumah: Awal Ashaari fail tuntutan balas RM750,000 terhadap Naz Empire
Selepas disaman RM3 juta oleh sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah atas dakwaan memfitnah, personaliti televisyen Awal Ashaari pula memfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi RM750,000.