awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awang Ahmad Sah dilantik Ketua Penerangan Warisan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
16/10/2021
09:27 MYT
Awang Ahmad Sah dilantik Ketua Penerangan Warisan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah menggantikan Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yaakob. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah menggantikan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yaakob.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Warisan pada Sabtu.
Menurut Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat majlis tertinggi parti yang diadakan awal hari ini.
"Awang Ahmad Sah, 62 tahun memenangi kerusi Petagas ketika pilihan raya negeri pada tahun lepas.
"Beliau juga merupakan Ketua Bahagian Warisan bagi Putatan dan ahli majlis tertinggi parti tersebut," katanya.
Awang Ahmad dalam masa sama turut berkata, pasukannya nanti akan terdiri daripada kalangan belia dan individu berpengalaman agar isu penting dapat diberi tumpuan.
"Salah satunya adalah Undi18 yang akan dilaksanakan pada hujung tahun ini, yang mana akan membolehkan belia 18 tahun mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya akan datang," jelas beliau.
Posisi ketua penerangan parti itu sebelum ini dipegang oleh Yusof Yaakob sebelum beliau mengambil keputusan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.
Topic Berkaitan
#Warisan
#ketua penerangan
#Datuk Awang Ahmad Sah
#Datuk Dr Yusof Yaakob
#ADUN Sindumin
#Dr Yusof Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan