SHAH ALAM: Kelakuan segolongan individu yang berani dan tanpa segan silu merokok dan menghisap vape di kebanyakan premis makanan dilihat seolah-olah larangan menghisap bahan berkenaan di semua tempat makan di seluruh Malaysia yang berkuat kuasa sejak 2020 telah dilupus sedangkan ia masih dikuatkuasakan.
Larangan menghisap rokok dan vape di semua tempat makan di seluruh negara di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Jan 2020.
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di Selangor mendapati beberapa individu tanpa segan silu menghisap rokok atau vape secara terbuka sedangkan di kebanyakan premis makanan terdapat poster dan tanda amaran 'dilarang merokok'.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa individu yang mengikuti peraturan tersebut dengan menghisap rokok di bahagian luar premis makanan atau beberapa meter dari tempat mereka menjamu selera.
Seorang suri rumah, Siti Zubaibah Amin, 39, berkata sebagai seorang ibu, beliau terpaksa bertindak lebih tegas dengan menegur individu yang dilihat merokok atau menghisap vape berdekatan dengan anak-anaknya.
"Siapa lagi kalau bukan kita yang melindungi anak-anak. Kadang-kadang, saya terpaksa menjadi pegawai kesihatan tidak diiktiraf untuk menegur mereka yang selamba merokok dan kebanyakannya meminta maaf serta terus berhenti (menghisap rokok di situ).
"Masyarat kita sedar akan kesalahan dan peraturan itu cuma terikut-ikut dan ingin mencuba. Mereka sepatutnya tidak mengambil ringan isu ini," katanya kepada Bernama.
Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 38, berkata pemilik kedai harus memainkan peranan dan tidak hanya mengejar untung semata-mata.
"Pemilik kedai adalah orang yang sepatutnya menjaga isu ini, mereka berhak menegur individu yang merokok dan menghisap vape secara terbuka. Selain, mereka juga boleh didenda sekiranya tidak menghalang orang yang merokok di dalam premis mereka," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata pihaknya memandang serius situasi tersebut dan membuat pemantauan dan penguatkuasaan di negeri itu dari semasa ke semasa.
"Pemilik atau pengusaha premis makanan serta para pelanggan juga diharap dapat memainkan peranan besar dalam memberikan teguran dan nasihat kepada pelanggan yang merokok, sekali gus memberi imej premis makanan yang bersih serta persekitaran tanpa asap rokok," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dr Sha'ari berkata sehingga September tahun ini, sebanyak 6,915 notis kesalahan telah dikeluarkan ke atas mereka yang merokok di Kawasan Larangan Merokok dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,684 notis kesalahan dikeluarkan kepada mereka yang merokok atau menghisap vape di dalam premis makanan.
Orang awam yang ingin membuat aduan berkaitan individu yang merokok dalam premis makanan ataupun di mana-mana kawasan larangan boleh membuat aduan melalui WhatsApp ke 010-8608949.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Orang awam yang ingin membuat aduan berkaitan individu yang merokok dalam premis makanan ataupun di mana-mana kawasan larangan boleh membuat aduan melalui WhatsApp ke 010-8608949. - Gambar hiasan
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.
Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Lebih 43,000 pelajar sekolah menengah dikesan merokok
Saringkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.
"Rasa bersalah dengan anak" genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berhenti merokok.
RUU KPTM mampu cegah generasi muda terjebak tabiat merokok, vape
Ia merupakan langkah tepat bagi melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok dan vape.
Awas! Perokok di kawasan larangan sedang diperhati
Beberapa individu tanpa segan silu menghisap rokok atau vape secara terbuka sedangkan terdapat poster dan tanda amaran 'dilarang merokok'.
Akibat rokok, golongan B40 paling ramai dijangkit kanser, sakit jantung - Khairy
Golongan B40 menjadi sasaran syarikat-syarikat pengeluar tembakau.
KKM pandang serius isu selebriti tonjol, promosi budaya merokok
Tingkah laku sedemikian menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutama kepada kanak-kanak dan remaja, tegas Dr Noor Hisham.
Ops Asap: 752 notis berkaitan merokok dikeluarkan di Selangor
50 notis kesalahan dikeluarkan kepada premis yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok.