KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pelakon dan penyanyi Datuk Ahmad Azhar Osman, atau lebih dikenali sebagai Awie, membayar ganti rugi RM80,000 kepada Rozana Misbun kerana mencederakan bekas isterinya itu tujuh tahun lepas.
Rozana telah memfailkan saman sivil pada 2017 terhadap Awie memohon ganti rugi bagi kecederaan yang dialaminya akibat dipukul pelakon itu yang didakwa berlaku di tiga lokasi termasuk Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak pada 2014.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Awie dan mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen serta Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Rozana.
Nor Bee berkata ganti rugi am RM30,000 bagi kesakitan serta penderitaan dan ganti rugi teruk RM50,000 bagi tekanan serta rasa malu yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen kepada Rozana adalah adil dan munasabah berdasarkan kecederaan yang dialaminya.
Mahkamah Tinggi telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen itu sehingga menyebabkan Awie membawa perkara tersebut ke Mahkamah Rayuan.
Nor Bee yang bersidang bersama-sama Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Ghazali Cha memutuskan bahawa tidak ada merit dalam rayuan Awie serta memerintah beliau membayar RM15,000 sebagai kos.
Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata panel itu tidak berpuas hati dengan hujah bahawa Mahkamah Sesyen telah terkhilaf atau tersalah arah dari segi undang-undang, fakta atau bukti dalam kes tersebut.
"Responden (Rozana) memberi keterangan bahawa ketiga-tiga insiden memang berlaku dan Mahkamah Sesyen menerima keterangan itu serta mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai dan perkara ini telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi," katanya.
Beliau berkata mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujah peguam Hazman Harun yang mewakili Awie bahawa Rozana adalah terhalang daripada memfailkan tindakan sivil berhubung insiden itu selepas beliau bersetuju menyelesaikan kes tersebut melalui bayaran kompaun.
Pada Mei 2016, Mahkamah Majistret Ampang membebas dan melepaskan Awie daripada pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana selepas penyanyi rock kumpulan Wings itu membayar kompaun sebanyak RM10,000 serta meminta maaf secara terbuka dalam mahkamah kepadanya.
"Pada pandangan kami, membayar kompaun bagi kesalahan itu adalah perkara yang berkaitan dengan undang-undang serta prosedur jenayah dan tidak mempunyai sebarang kesan ke atas hak responden (Rozana) untuk memfailkan tindakan sivil terhadap perayu (Awie) bagi mendapatkan remedi berdasarkan fakta yang sama dalam pertuduhan bagi insiden pertama," kata Nor Bee.
Beliau berkata Awie turut didakwa bagi kes kedua iaitu mencederakan Rozana di kaunter PNB dan penyanyi itu telah mengaku bersalah serta didenda sebanyak RM2,000.
Hakim itu berkata meskipun tiada pertuduhan dikenakan terhadap Awie bagi insiden ketiga yang didakwa berlaku di kawasan parkir PNB namun Rozana telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Awie menafikan bahawa insiden ketiga itu berlaku dan memfailkan tuntutan balas terhadap Rozana atas dakwaan pecah amanah kerana telah menggunakan wang yang disimpan untuk pendidikan anak mereka. Bagaimanapun, tuntutan balas itu telah ditolak oleh Mahkamah Sesyen.
Rozana diwakil peguam Azlan Abd Roni, Nasyrah Ezzan Ali dan Ahmad Fakhri Abu Samah.
Bernama
Tue Nov 09 2021

Penyanyi rock tanah air, Ahmad Azhar Othman atau Awie hadir di Mahkamah Majistret Ampang (pada Mac lalu) bagi perbicaraan kes beliau mencederakan bekas isterinya Rozana. - Gambar fail/BERNAMA

UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU-15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.

Krisis Perubatan | Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor perubatan
Turki bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turki berkata, mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan merangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam usaha mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata, ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu | Permintaan minyak masak paket naik mendadak
Permintaan minyak masak paket subsidi di kawasan luar bandar di Kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Menurut salah seorang pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tambahan kuota minyak paket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

Bekalan Makanan | Penjual ayam perlu lebih masa jika operasi bertukar
Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal jika putuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura kerana banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.

Banjir | Memahami punca tragedi di Baling
Bencana banjir puing atau 'debris flood' seperti di Baling, lazimnya berpunca daripada kejadian tanah runtuh di puncak pergunungan, kata Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo.

Pascabanjir Baling | Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghantar misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan Selangor Volunteer (Serve) terlibat dalam misi tersebut yang dijalankan selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

AWANI Ringkas: Jumlah mangsa banjir akibat kepala air di Baling menurun ke 495
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: "Musnah harta benda boleh diterima, hilang nyawa sangat pilu" - Mangsa
Penduduk Kampung Iboi kecewa kerakusan manusia menjarah alam menyebabkan mereka menjadi mangsa.

Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini
Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

"Kita ada silaturahim yang lain": Awie, WMGS anjur tahlil buat Mamat Khalid
Majlis itu sebagai penghormatan kepada Allahyarham yang merupakan Ahli Kehormat WMGS di samping dua lagi ahli mereka yang telah meninggal dunia.

Pelakon perlu sensitif, industri hiburan tidak perlu melampaui batas - Awie
Industri hiburan tempatan tidak perlu berada pada tahap yang terbuka dengan adegan melampaui batas, nasihat Awie.

Awie diperintah bayar RM80,000 kepada bekas isteri, Rozana Misbun
Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pelakon dan penyanyi Awie membayar ganti rugi RM80,000 kerana mencederakan bekas isterinya 7 tahun lepas.

Air mata Awie, Pekin gugur kenang Allahyarham Mamat Khalid
Awie dan Pekin tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kenangan bersama pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.

Peja, Awie beri penghormatan terakhir kepada Mamat Khalid
Mereka tiba di rumah Allahyarham di Taman Ipoh Jaya Timur 1 pada jam 10 pagi dan meluangkan masa membacakan tahlil serta mengucapkan takziah kepada anggota keluarga.

Kertas siasatan Awie dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya minggu ini
Kertas siasatan itu dijangka diselesaikan dalam minggu ini sejurus kesemua saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

Siasatan belum selesai, Polis Melaka nafi sudah keluarkan kompaun terhadap Awie
Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Razali Abu Samah, setakat ini pihaknya hanya mengambil keterangan dan tiada sebarang kompaun telah dikeluarkan seperti didakwa.

Langgar SOP: 'Awie sudah bayar denda' - Pengurus
Perkara itu disahkan pengurus penyanyi legenda rock tanah air itu, Mubarak Akhtar.

Awie sedia beri kerjasama pada polis, minta masyarakat jangan cepat menghukum
Beliau bagaimanapun kecewa terhadap segelintir individu yang terus menghukum beliau tanpa mengetahui situasi sebenar kejadian ketika itu.