KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd catat kerugian bersih berjumlah RM1.99 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) daripada keuntungan bersih sebanyak RM9.75 bilion dalam tempoh yang sama setahun sebelum ini.
Kumpulan telekomunikasi multinasional itu berkata prestasinya terjejas oleh kemerosotan aset Ncell dan Edotco Myanmar, kos kewangan bersih yang lebih tinggi dan bahagian keputusan CelcomDigi Bhd yang lebih rendah berbanding sumbangan Celcom sebagai anak syarikat pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, pendapatan bagi tempoh itu meningkat kepada RM22.0 bilion daripada RM20.02 bilion, mencerminkan peningkatan 9.9 peratus selepas didorong oleh prestasi asas yang kukuh merentasi kebanyakan pasarannya di Asean dan Asia Selatan, menunjukkan tahun prestasi berdaya tahan walaupun keadaan makroekonomi global masih mencabar.
Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kerugian bersih bagi suku keempat 2023 (S4 TK2023) berjumlah RM695.02 juta berbanding keuntungan bersih RM9.95 bilion yang disaksikan pada suku yang sama tahun lalu, manakala hasil berkembang kepada RM5.79 bilion daripada RM5.40 bilion.
"Berbanding petunjuk prestasi utama (KPI) pada kadar yang tetap, kumpulan itu telah melepasi sasaran pendapatan pertengahan satu digit pertumbuhan ex-peranti serta pendapatan satu digit lebih tinggi sebelum pertumbuhan faedah dan cukai (Ebit), masing-masing pada 7.8 peratus serta 18.4 peratus," katanya.
Sementara itu, dalam sidang media maya mengenai taklimat keputusan TK2023, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Axiata, Vivek Sood berkata pertumbuhan hasil ini telah meletakkan kumpulan dalam kedudukan yang lebih mantap bagi mempercepatkan kemajuan dan melaksanakan keutamaan strategik.
"Agak mengalakkan untuk melihat bahawa kebanyakan syarikat telekomunikasi digital kami (syarikat telekomunikasi) mampu menyampaikan salah satu prestasi mereka yang paling menguntungkan, di samping menguasai bahagian pasaran," katanya.
Beliau menyatakan kumpulan itu baru-baru ini telah memperbaharui strategi korporatnya, yang mana, ini akan disampaikan melalui lima vektor penciptaan nilai iaitu penyampaian sinergi CelcomDigi, transformasi struktur di Indonesia, membina daya tahan perniagaan di pasaran sempadan, mencipta nilai mampan melalui infrastruktur dan menggilap nilai perniagaan digital.
Melangkah ke 2024, Vivek berkata kumpulan teruja untuk memasuki fasa seterusnya dalam perjalanan telco-tekno (syarikat teknologi) memandangkan ia sedang berkembang menjadi pemain penting dalam ekosistem digital dan teknologi di rantau ini.
Untuk KPI utama 2024, beliau berkata pertumbuhan pendapatan pertengahan satu digit dan pertumbuhan Ebit pertengahan adalah berdasarkan operasi berterusan, dengan perbelanjaan modal sebanyak RM6.1 bilion bagi 2024.
"Kami tetap yakin bahawa dengan pembaharuan strategi korporat untuk menyampaikan nilai melalui lima vektor dan lima keutamaan strategik, kami akan terus membentuk semula portfolio kami bagi membuka kunci nilai serta membina peluang baharu untuk mencipta nilai daripada perniagaan yang mampan.
"Fokus utama adalah dalam mentransformasikan perniagaan kami di Indonesia, selain melihat ke arah perniagaan yang lebih mampan melalui pelancaran Boost Bank menjelang suku kedua tahun ini," tambahnya.
Kumpulan itu mengisytiharkan dividen kedua sebanyak lima sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023, yang menjadikan jumlah dividen sesaham kumpulan untuk TK2023 kepada 10 sen.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Kumpulan telekomunikasi multinasional itu berkata prestasinya terjejas oleh kemerosotan aset Ncell dan Edotco Myanmar, kos kewangan bersih yang lebih tinggi dan bahagian keputusan CelcomDigi Bhd yang lebih rendah. - Gambar fail/Reuters
Indeks kos bahan binaan naik 1.6 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Indeks harga papan lapis mencatatkan peningkatan 1.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024 berbanding bulan sebelum itu.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, FBM KLCI turun sebanyak 2.88 mata kepada 1,611.49 daripada 1,614.37 ketika ditutup Isnin.
Harimau Malaya ke Piala Dunia 2026 hampir mustahil, harap keajaiban di Muscat
Misi Malaysia mara lebih jauh dalam kempen kelayakan Piala Dunia hampir mustahil walaupun menundukkan Taiwan 3-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026.
Tumpuan Rabu – 12 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (11 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PDRM umum pertukaran 28 pegawai kanan
PDRM hari ini mengumumkan pertukaran 28 pegawai kanannya berkuat kuasa 8 Julai ini.
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Berita Terkini Haji 2024 5 petang | 11 Jun 2024
Berita Terkini Haji memulakan perkongsian mengenai penganjuran Simposium Haji Perdana, selain cerita mengenai Hab Media Haji yang baru dibuka di Mekah dan juga kisah 15 sekeluarga yang menunaikan haji secara bersama tahun ini
Untuk jam 5 petang, 11 Jun 2024 berikut perkongsian kisah Haji:
* Menteri Agama sertia Simposium Perdana Haji ke 48 di Mekah
* Wartawan antarabangsa teruja dengan Hub Media Haji
* Persiapa terakhir menjelang kemuncak Haji 2024
Untuk jam 5 petang, 11 Jun 2024 berikut perkongsian kisah Haji:
* Menteri Agama sertia Simposium Perdana Haji ke 48 di Mekah
* Wartawan antarabangsa teruja dengan Hub Media Haji
* Persiapa terakhir menjelang kemuncak Haji 2024
Sarawak sedia keluar dana projek tanam padi - Abang Johari
Kerajaan Sarawak bersedia memperuntukkan sejumlah dana dalam projek penanaman padi bagi memastikan pengeluaran beras dan keselamatan makanan di Malaysia terjamin.
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.