awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayah M. Nasir meninggal dunia di Singapura

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
28/01/2021
02:54 MYT
Ayah M. Nasir meninggal dunia di Singapura
Ayah kepada seniman Datuk M. Nasir, Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun sekitar pukul 7.30 pagi ini di Singapura. - Gambar Instagram MARLIA MUSA
KUALA LUMPUR:Seniman tersohor, Datuk M. Nasir kehilangan ayahnya, Mohamed Sam yang menghembuskan nafas terakhir di Singapura sekitar pukul 7.30 pagi ini.
Allahyarham Mohamed meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya.
Menurut isteri M. Nasir, Datin Marlia Musa, ekoran pandemik COVID-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang ke Singapura untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Sehubungan itu, kata Marlia, beliau bersama suami serta anak-anak hanya mampu reda dan berdoa dari jauh memohon kesejahteraan Allahyarham bapa mertuanya itu.
Sekalipun sedih dan berduka kerana tidak dapat bersama memberi penghormatan terakhir, namun, kata Marlia, apa kudrat yang mereka ada kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan.
“Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan akibat COVID-19. Abang (M. Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan,” jelas Marlia kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Marlia berkata, kali terakhir beliau serta suaminya bertemu dengan Allahyarham ialah kira-kira setahun lalu sebelum COVID-19 menular.
“Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu,” ujar Marlia lagi.
Ketika ini, jelas Marlia, jenazah Allahyarham bapa mertuanya sedang diuruskan untuk pengebumian oleh adik-beradik M. Nasir seramai lapan orang yang menetap di Singapura.
Seniman M. Nasir merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik.
Topic Berkaitan
#ayah M Nasir meninggal dunia
#M Nasir
#komposer tersohor
#seniman tersohor
#Singapura
#Mohamed Sam
#sakit tua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan