KUALA LUMPUR: Ketika masyarakat dunia berlumba-lumba mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, ada pula rakyat Malaysia yang enggan menerimanya sekalipun yang sudah disuntik meluahkan rasa lega dan berkeyakinan untuk meneruskan hidup dalam keadaan pandemik yang masih belum ada penyelesaiannya.
Cerita-cerita yang menakutkan mengenai kesan sampingan vaksin antara sebab kelompok ini menjauhkan diri daripada mendapatkan vaksin selain alasan keagamaan berhubung isi kandungannya.
Setakat 5 Jun, seramai 1,128,738 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya berhubung perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semalam berkata kerajaan telah memberikan lebih tiga juta suntikan dos vaksin dengan lebih dua juta individu menerima satu dos, sekali gus menjadikan jumlah vaksinasi dos pertama Malaysia kini antara tertinggi di Asia Tenggara.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjayakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara ini untuk mencapai 80 peratus yang disasarkan bagi membentuk imuniti kelompok.
Warga emas Normah Yusof, 70, dan suaminya Yusuff Abd Razak, 70, dari Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mengakui pada mulanya mereka hampir terpengaruh dengan dakyah yang menakutkan itu.
Namun, selepas mendengar penerangan jelas yang diberikan kepada mereka oleh pihak tertentu, mereka terdorong 'merelakan' diri disuntik dos pertama pada 3 Mei lepas.
"Sebelum menerima suntikan saya berasa gementar... tetapi kini rasa lega. Tidak perlu risau untuk mengambil vaksin kerana ia dijamin selamat selain mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
"Mula-mula saya rasa lenguh di tangan, namun hingga kini tiada kesan sampingan lain," katanya yang menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Dato' Bahaman Shamsudin, Kuala Pilah.
Lain pula bagi Hilman Jamil, 36, dari Taman Melati, Setapak di sini, yang menghadapi kesukaran untuk memujuk ibunya, Siti Rokiah Yusof yang degil tegar enggan mendapatkan vaksin.
"Saya cakap pada mak saya, kerajaan akan buat semakan di setiap rumah dan sesiapa yang tidak divaksin akan dihantar ke taman rawatan pesakit COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang yang sesak itu," katanya yang sudah mendapatkan dos pertama AstraZeneca pada 30 Mei lepas.
Taktik Hilman "menakut-nakutkan" ibunya mendorong warga emas berkenaan akur dengan kehendak si anak dan merelakan diri untuk disuntik dengan dos pertama pada 6 Jun (hari ini).
Bagi warga emas Jaffar @ Harun Mohamad, 73, keinginan untuk melihat anak-anak pulang mengunjunginya di Kampung Bukit Bayas, Terengganu, mendorongnya menerima vaksin yang diyakininya dapat mencegah dirinya daripada dijangkiti virus yang sudah meragut lebih 2,000 nyawa di negara ini.
Dia yang melengkapkan dua dos vaksin pada 27 Mei berkata ketiadaan anak-anaknya yang kini menetap di luar Terengganu semasa hari raya tahun lepas dan tahun ini menguatkan semangatnya untuk mendapatkan vaksin itu.
"Saya nak lihat keadaan menjadi normal kembali. Saya berharap semua orang ambil vaksin supaya penyakit (COVID-19) ini cepat hilang dari Malaysia dan semoga tahun depan anak-anak pak cik dapat balik beraya dengan pak cik," katanya.
Pesara Zabadin Omar, 73, dari Kangar, Perlis pula berkata pada mulanya dia berasa takut untuk menerima suntikan itu, tetapi lama-kelamaan dia tidak mengendahkan lagi cerita-cerita negatif mengenai vaksin COVID-19 yang didengar daripada kumpulan antivaksin kerana sedar akan kebaikannya.
"Pada mulanya rasa takut juga mendengar cerita negatif yang tersebar, tetapi Alhamdulillah, selepas ambil dos pertama hari itu, pada sebelah petang pak cik sudah boleh pergi tebang pisang di kebun, begitu juga dengan dos kedua tidak alami apa-apa sakit malah kini berasa lebih yakin," katanya.
Penolong pegawai perubatan Mohd Nazaruddin Jamaluddin, 48, dari Kampung Buntong , Ipoh, Perak menasihati orang ramai supaya tidak mengendahkan spekulasi pihak yang suka menokok tambah atau 'buat cerita' tentang kesan vaksin.
Katanya masyarakat sudah didedahkan dengan pengambilan vaksin sejak sekian lama, justeru kesahihan dan keberkesanan vaksin tidak seharusnya menjadi isu.
"Saya memang rasa bersyukur sangat setelah diberikan vaksin. Saya sarankan kepada orang ramai, ambillah vaksin untuk kebaikan semua.
"Tidak perlu takut dengan vaksin memandangkan ia merupakan sesuatu yang sangat baik untuk kita," katanya yang melengkapkan dua dos vaksin pada akhir bulan lepas.
Pesara kerajaan Abdul Hamid Pandak, 73, dari Taman Setali Maju, Kuantan, Pahang, mengibaratkan kesediaannya untuk disuntik vaksin pada 17 Mei lepas sebagai sumbangan kecilnya kepada negara dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.
"Selain duduk di rumah, ini juga ikhtiar kita untuk hentikan wabak ini dan selepas hampir dua minggu menerima suntikan pertama, saya tidak mengalami apa-apa kesan sampingan," katanya.
Pegawai perubatan Dr Nurul Huda Zainuddin, 35, dari Tangkak, Johor, berkata setiap individu wajib mengambil vaksin kerana ia boleh melindungi golongan berisiko, termasuk mereka yang mempunyai alahan teruk atau sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi.
"Segelintir masyarakat membanding-bandingkan antara vaksin jenis Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca, sepatutnya jangan, mana yang kita dapat (kecuali ibu mengandung dan menyusu), kita ambil.
"Jangan tunggu atau pilih-pilih, semua sama dan ia mempunyai implikasi bagus untuk melawan virus COVID-19," katanya yang menerima dos pertama dan kedua masing-masing pada 8 dan 29 Mac.
Pekerja swasta Mohd Hafiz Shariff, 35, dari Seberang Jaya, Pulau Pinang, menghadapi masalah buah pinggang, namun dia bertawakal dan memberanikan diri untuk disuntik vaksin pertama pada 22 April dan dos kedua pada 17 Mei di Hospital Seberang Jaya.
"Saya rela divaksin sebab doktor daripada Kementerian Kesihatan meyakinkan saya untuk mendapatkannya kerana saya mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan selaput atau tisu buah pinggang bocor," katanya.
Menurutnya, selepas mengambil kedua-dua dos vaksin, dia berasa lenguh dan sengal badan di tempat yang disuntik diikuti demam, namun masalah itu tidak berlarutan.
Doktor gigi Dr Jeannete Wong yang melengkapkan dos vaksin pada 15 April, berkata beliau berasa lega kerana kini dapat menjalankan tugas dengan lebih yakin dan baik.
"Saya sedar saya masih boleh dijangkiti COVID-19 namun risikonya kurang selain simptom juga tidak seteruk mereka yang tidak mengambil vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021
Marilah kita bersama-sama menjayakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara ini untuk mencapai 80 peratus yang disasarkan bagi membentuk imuniti kelompok. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.