awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina tidak anggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan - BHEUU

Bernama
Bernama
11/11/2024
15:53 MYT
Azalina tidak anggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan - BHEUU
BHEUU memaklumkan Azalina tidak menganggotai Lembaga Pengampunan mahupun terlibat dengan apa-apa urusan melibatkan Lembaga Pengampunan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) menjelaskan pihaknya dipertanggungjawabkan untuk urusan penyelarasan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Selain itu, BHEUU juga menyediakan pelaporan secara terus hanya kepada Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa sebagai menteri yang bertanggungjawab.
BHEUU memaklumkan penubuhan Lembaga Pengampunan berdasarkan Perkara 42 (11) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9), hendaklah terpakai secara mutatis mutandis kecuali "Raja atau Yang di-Pertua Negeri" hendaklah ditafsirkan sebagai "Yang di-Pertuan Agong".
Menurut kenyataan itu sebutan "Ketua Menteri Negeri itu" hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan menteri bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
"Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan (Dr Zaliha) merupakan seorang ahli Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Oleh itu, BHEUU memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said tidak menganggotai Lembaga Pengampunan mahupun terlibat dengan apa-apa urusan melibatkan Lembaga Pengampunan.
Terdahulu pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dari Perikatan Nasional (PN) menggesa Dewan Rakyat meminta Azalina menjelaskan kenyataannya pada 6 Nov, yang didakwa mengelirukan.
Ketua Whip PN itu mendakwa penjelasan Azalina bahawa isu akta berkaitan tahanan rumah dan Titah Adendum tidak mempunyai kaitan dengannya selaku Menteri Undang-Undang sebaliknya Menteri Wilayah Persekutuan adalah mengelirukan.
Takiyuddin sebelum ini mendakwa kenyataan media dikeluarkan Lembaga Pengampunan pada 2 Feb lepas dikeluarkan urusetia daripada BHEUU.
Kenyataan Takiyuddin itu merujuk kepada keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengurangkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari 12 tahun kepada enam, selain pengurangan 50 peratus denda RM210 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Perlembagaan Persekutuan
#Parlimen
#BHEUU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan