awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azam Baki tidak patut sekat demokrasi maklumat - Fakhrurrazi Rashid

Israr Khalid
Israr Khalid
08/01/2022
02:12 MYT
Azam Baki tidak patut sekat demokrasi maklumat - Fakhrurrazi Rashid
Fakhrurrazi berkata tindakan Azam mahu menyaman whistleblower adalah sesuatu yang tidak patut kerana ia jelas menimbulkan kemarahan banyak pihak. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang mahu mengheret pemberi maklumat ke mahkamah adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip ketelusan.
Tegas Pegawai Penyelidik REFSHA, Fakhrurrazi Rashid, selaku pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang demokratik, beliau harus menghormati dan mengamalkan demokrasi maklumat ketika segala informasi mudah didapati daripada pelbagai sumber.
“Apa yang perlu disedari oleh pihak kepimpinan kerajaan atau SPRM bahawa zaman di mana rakyat takut kepada kerajaan itu sudah berakhir.
“Hari ini pendemokrasian itu bukan berlaku sekadar parti politik tetapi pendemokrasian itu berlaku kerana terlalu banyak maklumat atau perkara-perkara yang boleh diketahui oleh orang awam tanpa melalui saluran kerajaan sendiri pun,” katanya.
SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
Maka jelasnya, tindakan Azam mahu menyaman ‘whistleblower’ adalah sesuatu yang tidak patut kerana ia jelas menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Namun pada masa sama, kata Fakhrurrazi, ia juga memberi kesedaran kepada pengamal media, NGO dan sesiapa sahaja untuk lebih berani tampil ke hadapan menyuarakan tentang kepincangan dalam pentadbiran negara.
“Ia bukan sekadar isu mengenai pelantikan Azam Baki (sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM) dan sebagainya, tetapi ianya isu masalah struktur tadbir urus negara.”
Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Azam Baki tidak wajar sekat pendemokrasian maklumat - REFSA
Agenda AWANI: Restorasi maruah, SPRM harus bebas
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#pemilikan saham penjawat awam
#Fakhrurrazi Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan