PUTRAJAYA:Timbalan Pengarah (Pencegahan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam dilantik sebagai Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP yang baharu berkuat kuasa pada 5 Jan lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan tersebut serta menyempurnakan majlis pemakaian pangkat yang dijalankan secara tertutup.
"Saya yakin beliau akan terus mendokong misi dan visi kementerian dalam keadaan penuh siap siaga dan upaya menyelia pematuhan perundangan di bawah kementerian dalam kalangan peniaga dan prihatin melindungi kepentingan pengguna," katanya.
Azman, 50, yang berasal dari Terengganu itu berpengalaman luas dalam bidang penguat kuasa dan telah memikul pelbagai tanggungjawab di beberapa negeri seperti Ketua Pegawai Penguat Kuasa Selangor sebelum berkhidmat di Ibu Pejabat KPDHEP Putrajaya sebagai Timbalan Pengarah Pencegahan.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Azman pernah menerima anugerah High Performance Award, Mayban Finance Berhad pada 1992 sebelum menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPDNHEP pada 1998, 2005, 2007, 2009 dan 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Azman, yang berasal dari Terengganu berpengalaman luas dalam bidang penguat kuasa dan telah memikul pelbagai tanggungjawab di beberapa negeri sebelum ini. - Bernama

Vaksin COVID-19 | 32,277 sudah divaksin, 1.632 juta sudah daftar
Seramai 32,277 individu sudah diberikan dos pertama vaksin COVID-19. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, angka berkenaan adalah sehingga jam 11.59 Isnin malam.

Politik | Perkembangan politik di Sabah
Keluar Parti Warisan, status ADUN Sebatik? Kita bersama Wakil Astro AWANI Sabah, Syahairizal Kamalul Arifin untuk perkembangan lanjut.

Cuaca Panas | Malaysia berdepan fenomena El-Nino?
Sebanyak 10 kawasan di semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam. Semakan status gelombang haba di portal rasmi MetMalaysia hari ini mendapati, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak. Manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

TH agih untung lebih baik untuk 2020
Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran
Polis berkas lima lagi lelaki dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara pada Isnin hingga awal pagi Selasa berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields

Hukuman pesalah cetak rompak perlu setimpal dengan kerugian pengkarya
Menurut Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, hukuman pada masa ini terlalu rendah dan merugikan seluruh industri serta produksi yang penat lelah menjayakan karya itu.

Malaysia catat RM164 bilion pelaburan walaupun ketika dilanda pandemik - MIDA
Sektor perkilangan mendahului dengan peningkatan 10.3 peratus dalam pelaburan yang diluluskan.

Gunung Sinabung kembali meletus, abu menjulang lebih 4,500 meter
Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 4,500 meter.

Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil M'sia dalam barisan kepimpinan
Ahmad merupakan bekas timbalan presiden persekutuan itu bagi penggal 2016-2021, dan pemilihan menyaksikan Mohd Nasri gagal meraih sebarang undi bagi jawatan berkenaan.
![[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat [TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893123/6918181161614656264278_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian
KPDNHEP terus memantau peniaga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Feb sehingga 22 Mac depan.

SOP sektor peruncitan kawasan PKP, PKPB, PKPP ditambah baik - Nanta
SOP itu telah diselaras dengan SOP am yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara bagi memastikan ia dipatuhi sepenuhnya oleh semua syarikat peruncitan, pemborongan dan pengedaran.

Premis jual produk kambing perap guna logo halal tanpa kelulusan diserbu
Serbuan itu itu dilakukan KPDNHEP bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) hasil maklumat orang awam.

SPPP diperluas kepada semua usahawan B40 - Nanta
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kini diperluaskan kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

Wanita berdepan enam pertuduhan miliki kotak media iBoite-X secara haram
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM300,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

56 peniaga dikena tindakan gagal patuhi skim harga maksimum Tahun Baharu Cina
Datuk Rosol Wahid berkata, semua mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan gagal mematuhi peraturan pelaksanaan SHMMP di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Taktik upah lori pasir seludup keluar minyak masak terbongkar
Penyeludup mengubah taktik menyeludup keluar barangan larangan masuk ke sempadan seterusnya ke negara jiran, dengan mengupah pemandu lori pasir.

Jual kotak TV Android penstriman cetak rompak, pengarah syarikat IT didakwa
Pengarah syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan itu ketika dihadapkan di Mahkamah Seksyen Jenayah, Shah Alam.

KPDNHEP beri amaran jangan salah guna kebenaran makan di restoran
semua premis perniagaan wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan.

PKP 2.0: Baki sektor peruncitan dibenar kembali beroperasi - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan kerajaan memutuskan kebenaran itu dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi memastikan kelangsungan ekonomi peniaga kecil.