Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didesak memberi penjelasan berhubung status pelan pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash), yang sehingga kini masih belum dimuktamadkan.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata ini kerana kerajaan negeri mengambil tempoh yang lama untuk mengambil alih ekuiti Splash dalam proses penstukturan semula industri air di negeri ini.
"Malah, tempoh perbincangan pelan pengambilalihan Splash turut dilanjutkan sehingga September ini selain Splash juga telah diberikan lesen operasi air bersih selama setahun," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Februari lepas, Kerajaan Selangor mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada Splash selama setahun dan tindakan itu bercanggah dengan usaha untuk menjadikan rakyat Selangor sebagai pemilik mutlak industri air apabila penstrukturan dimuktamadkan.
Sementara itu, Sulaiman turut menggesa Dewan Undangan Negeri Selangor mengeluarkan ketetapan menolak sebarang pertikaian serta campur tangan pihak luar terhadap isu agama Islam di negeri itu.
Beliau merujuk kepada tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri DAP Pulau Pinang, Chong Eng yang mengkritik khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Kita mahu dewan buat satu ketetapan tidak bersetuju dengan kenyataan Chong Eng berhubung khutbah Jumaat yang menyentuh mengenai menutup aurat bagi wanita untuk mengelakkan dirogol, baru-baru ini.
"Isu yang disebut dalam khutbah itu telah mendapat semakan dan kelulusan daripada JAIS ... Chong Eng tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan bidang kuasa JAIS yang mengeluarkan khutbah berkenaan," kata Sulaiman.
Pada 9 Feb lepas, Chong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Padang Lalang mengeluarkan kenyataan mengkritik JAIS yang didakwanya menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita dalam khutbah Jumaat bertajuk 'Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri'.
Beliau mendakwa, penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat menghukum golongan tersebut atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada kes serangan seksual.
Bernama
Thu Apr 02 2015
BN SELANGOR: Azmin didesak jelas status SPLASH - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq
Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.
Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.
Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.