SHAH ALAM: Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau dikenali sebagai Baby Naail yang disahkan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 pada April lalu telah menerima suntikan ubat Zolgensma yang bernilai RM9.8 juta semalam.
Sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Founder Misi Rakyat tular kerana hasil sumbangan daripada orang ramai telah membolehkan Baby Naail mendapat rawatan tersebut.
Pemilik akaun tersebut, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi menjelaskan di dalam video tersebut bahawa proses suntikan itu mengambil masa selama satu jam untuk selesai.
Beliau turut berkongsi reaksi Baby Naail kepada seluruh Malaysia dan rata-rata netizen memanjatkan rasa syukur, gembira dan sebak kerana melihat senyuman bayi itu.
Pada akhir video, Founder Misi itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan kali ini.
“Terima kasih jiwa-jiwa yang bertuhan,” katanya.
Pada 14 April lalu, kempen kutipan dana bagi menampung kos perubatan telah digerakkan setelah kisah Baby Naail mendapat perhatian Misi Rakyat apabila bayi tersebut didiagnos penyakit jarang jumpa sejak usia empat bulan.
Dana bagi pembelian ubat suntikan Zolgensma itu berjaya diraih setelah sebulan dilancarkan hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Di ruangan komen, netizen memuji usaha beliau yang membuka tabung misi bantuan kepada Baby Naail.
“Alhamdulillah, syukur kepada Founder Misi, semoga Allah memberi rahmat kepadamu,” kata pemilik akaun Intanliyana menerusi ruangan komen.
“Ya ALLAH, menitis air mata aku bila tengok Baby Naail senyum, Alhamdulillah ya Allah, terima kasih semua sebab bantu Baby Naail dan Baby Athif,” komen oleh Qieyarahim.
Begitu juga dengan pengguna akaun Haziqyusri berkata, terima kasih rakyat Malaysia bersatu untuk misi ini, ingat kita jaga kita #rakyatjagarakyat. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 22 2023
Pada 14 April lalu, kempen kutipan dana bagi menampung kos perubatan telah digerakkan setelah kisah Baby Naail mendapat perhatian Misi Rakyat. - Foto Sinar Harian
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Baby Naail terima suntikan ubat Zolgensma RM9.8 juta
Baby Naail yang disahkan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy telah menerima suntikan ubat Zolgensma bernilai RM9.8 juta.