KUALA LUMPUR: Bacaan hujan yang direkodkan di stesen Air Panas, Segamat, Johor dalam tempoh bermula 28 Feb hingga 3 Mac sebanyak 731 milimeter (mm), adalah tertinggi pernah dicerap jika dibandingkan dengan rekod hujan bulanan tertinggi pada Disember 1991 dan Disember 2006.
Bacaan yang direkodkan pada Disember 1991 sebanyak 621mm sebulan manakala pada Disember 2006 sebanyak 599mm.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Dr Md Nasir Md Noh berkata bacaan itu juga melebihi purata hujan bulanan jangka panjang bagi bulan Mac untuk Johor iaitu 195mm.
"Episod kali ini telah menyebabkan semua daerah di Johor terjejas banjir membabitkan 105 lokasi setakat semalam dengan kedalaman banjir bagi kawasan yang terlibat antara satu hingga ke tiga meter," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Md Nasir berkata stesen hujan di Empangan Bekok, Segamat telah mencatatkan bacaan kumulatif sebanyak 322mm hujan dalam tempoh 24 jam pada 28 Feb dan 1 Mac lepas.
"Taburan hujan yang tinggi ini telah menyebabkan pelepasan air bermula 28 Feb sehingga kini dengan kawasan yang terkesan ialah Pekan Yong Peng, Ladang Chaah, Jalan Yong Peng-Segamat (berhampiran Kampung Ngamarto), Kampung Haji Kamisan dan kawasan Sungai Temehil.
"Stesen hujan Empangan Sembrong (di Ayer Hitam) pula mencatatkan bacaan kumulatif hujan sebanyak 260mm hujan dalam tempoh 24 jam pada 28 Feb dan 1 Mac lepas. Taburan hujan yang tinggi ini menyebabkan pelepasan air terpaksa dilaksanakan bermula 1 Mac sehingga kini melibatkan mukim Tanjung Sembrong, mukim Sri Gading dan kawasan Sawah Sagil," katanya.
Sementara itu, Md Nasir berkata bagi stesen hujan Empangan Machap di Kluang pula mencatatkan bacaan kumulatif hujan sebanyak 395mm pada 28 Feb dan 2 Mac lepas dengan pelepasan air dilaksanakan bermula 1 Mac lepas membabitkan kawasan Kampung Kolam Air dan Kampung Sungai Linau di Simpang Renggam.
Beliau berkata berikutan hujan lebat berterusan di kawasan tadahan melibatkan beberapa empangan di Johor, JPS telah membuat pelepasan empangan mengikut tatacara prosedur operasi standard operasi empangan.
"Limpahan air empangan melalui struktur alur limpah akan berlaku apabila aras takungan empangan melepasi aras tertinggi. Orang awam dimohon untuk sentiasa bersiap siaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir Daerah dan Negeri.
"Buat masa ini sebanyak 15 pam bergerak dengan kapasiti 10 cusec sedang beroperasi di kawasan-kawasan kritikal di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak. 10 pam bergerak dengan kapasiti 10 cusec lengkap dengan genset telah tersedia untuk dihantar ke Johor sebagai pam tambahan," katanya.
Menurut Md Nasir operasi pam bergerak itu merupakan tambahan kepada sistem saliran dan pam sedia ada bagi mempercepat aliran air banjir untuk mengurangkan kedalaman banjir.
Sepanjang Monsun Timur Laut ini, Bilik Kawalan Operasi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) sentiasa bersiap siaga dalam memberi ramalan dan amaran banjir kepada semua pihak berkaitan.
Orang awam boleh mendapatkan maklumat hebahan amaran banjir dan juga status aras air sungai serta hujan di seluruh Malaysia di laman sesawang Public Infobanjir iaitu publicinfobanjir.water.gov.my dan aplikasi MyPublic Infobanjir yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple Apps Store.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Stesen hujan di Empangan Bekok, Segamat telah mencatatkan bacaan kumulatif sebanyak 322mm hujan dalam tempoh 24 jam pada 28 Feb dan 1 Mac lepas. - Foto APM
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.
'Oyen' tak mahu makan, ‘terkejut’ jadi mangsa banjir
Bila cerita perihal banjir, bukan hanya manusia, haiwan termasuk kucing peliharaan pun turut sama terkesan.