MALAYSIA
Kajian pasaran tentukan kadar tambang RTS Link – Loke

Menurut Loke, penetapan kadar tambang yang tepat dan sesuai merupakan faktor penting bagi menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada pengangkutan awam bagi perjalanan rentas sempadan. - Foto Kementerian Pengangkutan
SINGAPURA: Kajian pasaran sedang dijalankan bagi menentukan kadar tambang yang sesuai untuk Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dan Singapura.
Ringkasan AI
- Kajian pasaran sedang dijalankan oleh RTS Operations Pte Ltd untuk menentukan kadar tambang paling sesuai bagi perkhidmatan RTS Link Johor BahruSingapura, dengan mengambil kira faktor seperti perbezaan mata wang dan kemampuan pengguna.
- Penetapan tambang yang tepat dianggap penting untuk menggalakkan peralihan pengguna kepada pengangkutan awam rentas sempadan, sejajar dengan matlamat utama projek RTS Link.
- Sistem pembayaran terbuka sedang dirancang bagi memudahkan pembelian tiket RTS Link, termasuk penggunaan kad pintar, e-dompet dan kod QR.
Tambah Loke, penetapan kadar tambang yang tepat dan sesuai merupakan faktor penting bagi menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada pengangkutan awam bagi perjalanan rentas sempadan.
“Matlamat utama projek ini adalah untuk mewujudkan peralihan mod ke arah penggunaan pengangkutan awam merentas Tambak Johor. Justeru, struktur tambang adalah antara pertimbangan paling penting,” katanya lagi.
Selain itu, Loke turut memaklumkan bahawa usaha sedang dilakukan bagi memperkenalkan sistem pembayaran terbuka (open payment system) untuk pembelian tiket RTS Link.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami