awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bacaan kedua RUU berkaitan intip dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan

Bernama
Bernama
28/09/2022
09:27 MYT
Bacaan kedua RUU berkaitan intip dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan
Mas Ermieyati berkata RUU itu adalah antara yang terawal akan dibentangkan pada sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Bacaan kedua rang undang-undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan hadapan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
"RUU terlibat ialah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 4 Ogos lepas, pindaan Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah, telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.
Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574, untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.
Menurut RUU itu, sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.
RUU itu juga menyatakan, sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Mas Ermieyati berkata RUU itu adalah antara yang terawal akan dibentangkan pada sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14.
Takwim baharu bagi sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat adalah bermula 3 Okt hingga 29 Nov ini selama 32 hari, manakala 21 Nov hingga 7 Dis iaitu 11 hari pula bagi Dewan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah intip
#Mas Ermieyati Samsudin
#RUU Intip
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan