CHENGDU: China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini hari ini.
Pemain perseorangan wanita nombor dua dunia Chen Yu Fei memberikan permulaan memberangsangkan buat China apabila menewaskan Gregoria Mariska Tunjung, 21-7, 21-16 dalam perlawanan berlangsung selama 36 minit.
Gandingan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan kemudian meneruskan kecemerlangan tuan rumah selepas mengatasi pasangan Siti Fadia Silva Ramadhanti-Ribka Sugiarto 21-11, 21-8.
Pemain perseorangan kedua China, He Bing Jiao diberikan tentangan sengit sebelum menundukkan Ester Nurumi Tri Wardoyo, 10-21, 21-15, 21-17 dalam pertarungan 69 minit sekali gus mengesahkan trofi Piala Uber pertama China dalam tempoh empat tahun selepas edisi 2020 di Aarhus, Denmark.
Meskipun tewas, Indonesia boleh pulang dengan bangga setelah berjaya ke final pertama mereka selepas 16 tahun.
Bercakap selepas perlawanan itu, Bing Jiao, 27, berkata beliau berasa bangga dapat membantu China menjulang trofi itu selepas mereka tewas kepada Korea Selatan, 2-3 pada final edisi lepas di Bangkok, Thailand.
Yu Fei pula berkata keutuhan semangat berpasukan menjadi kunci yang memberikan inspirasi kepada mereka untuk memenangi kejuaraan bagi kali keempat sebagai tuan rumah selepas Guangzhou 2002, Wuhan 2012 dan Kunshan 2016.
Sementara itu Ester, 21, mengakui beliau tewas kepada pemain yang jauh lebih baik walaupun telah berusaha sedaya upaya untuk membawa Indonesia kembali ke permainan.
"Tidak mudah lawan Bing Jiao kerana dia seorang pemain yang berpengalaman. Saya telah bincang dengan jurulatih strategi menentangnya namun akhirnya tidak berjaya. Bukan rezeki kami hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir. - Foto AP
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.