CHENGDU: China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini hari ini.
Pemain perseorangan wanita nombor dua dunia Chen Yu Fei memberikan permulaan memberangsangkan buat China apabila menewaskan Gregoria Mariska Tunjung, 21-7, 21-16 dalam perlawanan berlangsung selama 36 minit.
Gandingan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan kemudian meneruskan kecemerlangan tuan rumah selepas mengatasi pasangan Siti Fadia Silva Ramadhanti-Ribka Sugiarto 21-11, 21-8.
Pemain perseorangan kedua China, He Bing Jiao diberikan tentangan sengit sebelum menundukkan Ester Nurumi Tri Wardoyo, 10-21, 21-15, 21-17 dalam pertarungan 69 minit sekali gus mengesahkan trofi Piala Uber pertama China dalam tempoh empat tahun selepas edisi 2020 di Aarhus, Denmark.
Meskipun tewas, Indonesia boleh pulang dengan bangga setelah berjaya ke final pertama mereka selepas 16 tahun.
Bercakap selepas perlawanan itu, Bing Jiao, 27, berkata beliau berasa bangga dapat membantu China menjulang trofi itu selepas mereka tewas kepada Korea Selatan, 2-3 pada final edisi lepas di Bangkok, Thailand.
Yu Fei pula berkata keutuhan semangat berpasukan menjadi kunci yang memberikan inspirasi kepada mereka untuk memenangi kejuaraan bagi kali keempat sebagai tuan rumah selepas Guangzhou 2002, Wuhan 2012 dan Kunshan 2016.
Sementara itu Ester, 21, mengakui beliau tewas kepada pemain yang jauh lebih baik walaupun telah berusaha sedaya upaya untuk membawa Indonesia kembali ke permainan.
"Tidak mudah lawan Bing Jiao kerana dia seorang pemain yang berpengalaman. Saya telah bincang dengan jurulatih strategi menentangnya namun akhirnya tidak berjaya. Bukan rezeki kami hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir. - Foto AP
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.