KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita utama negara, Pearly Tan, mahu memastikan dirinya bebas daripada sebarang kecederaan sepanjang tahun depan.
Pearly berkata penting untuknya kekal cergas bagi membolehkan beliau dan gandingannya, M. Thinaah mengesahkan slot untuk aksi sulung dalam Sukan Olimpik di Paris.
Mengimbas cabaran dihadapinya sepanjang tahun ini, pemain berusia 23 tahun itu mengakui beberapa rintangan termasuk kecederaan selain jatuh sakit telah menjejaskan prestasinya di gelanggang.
"Tahun ini bukan tahun yang baik buat saya susulan kecederaan, demam dan saya juga baru pulih daripada COVID-19 pada Rabu lepas, namun saya tetap gembira berjaya menempuhnya.
"Saya sudah pulih sepenuhnya dan kini saya lebih tumpu kepada mengelak sebarang kecederaan selain berharap bertambah kuat," katanya kepada wartawan selepas sesi latihan di sini hari ini.
Pada Oktober lepas, Pearly mengalami kecederaan belakang selepas beliau dan Thinaah tersingkir pada aksi suku akhir di tangan pemenang pingat perak dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee, 21-15, 11-21, 7-21, dalam Sukan Asia Hangzhou 2022.
Susulan itu, pasangan nombor 12 dunia itu menarik dari daripada tiga kejohanan di Eropah bermula daripada Terbuka Arctic 2023 di Finland, diikuti Terbuka Denmark 2023 dan Terbuka Perancis 2023.
Walaupun membuat kemunculan semula di Masters Jepun 2023 pada bulan lepas, juara Terbuka Perancis 2022 itu tewas pada suku akhir di tangan pasangan tuan rumah, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto, 13-21, 18-21.
Pearly-Thinaah menutup musim ini tanpa sebarang kejuaraan apabila tewas di tangan beregu Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong, 11-21, 21-15, 20-22 dalam pusingan awal Masters China 2023.
Pencapaian terbaik mereka pada tahun ini setakat dua kali naib juara, masing-masing pada Masters Malaysia 2023 pada Mei selepas kalah kepada Ha Na-So Hee, 20-22, 21-8, 17-21 dan Terbuka Hong Kong 2023 pada September apabila tunduk dalam set penentuan kepada pasangan Indonesia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti, 21-14, 22-24, 9-21.
Dalam pada itu, Pearly berkata mereka akan menggunakan strategi yang betul bagi menggekalkan rekod bersih menentang gadingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning apabila kedua-dua pasangan itu dijadual bertembung dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada 9-14 Jan di Axiata Arena.
Pearly-Thinaah memiliki sedikit kelebihan menjelang pertarungan di Terbuka Malaysia itu selepas mencatatkan dua kemenangan ke atas pasangan nombor lapan dunia berkenaan.
Pasangan Malaysia itu menang 21-17, 12-21, 21-19 dalam pertemuan pertama mereka ketika Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 di Dubai pada Februari lepas dan mencipta kemenangan kedua 21-11, 9-21, 21-19 pada Terbuka Jepun 2023 pada Ogos.
Sementara itu, pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong berkata beliau dan gandingannya, Tee Kai Wun bekerja keras untuk mengukuhkan kekuatan mental mereka menjelang perlawanan pusingan pertama menentang juara nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada Terbuka Malaysia 2024 nanti.
Ditanya mengenai sasaran mereka tahun depan, Wei Chong berharap mereka akan dapat mencipta kemenangan untuk berada dalam ranking 10 terbaik dunia.
Wei Chong-Kai Wun ketika ini menduduki tangga ke-19 dunia yang juga ranking terbaik mereka setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Pencapaian terbaik mereka pada tahun ini setakat dua kali naib juara, masing-masing pada Masters Malaysia 2023 dan Terbuka Hong Kong 2023. - Gambar fail/Bernama
Kertas siasatan sudah dirujuk kepada DPP
Kertas siasatan membabitkan seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai dipukul seorang anggota pengiring orang kenamaan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.
JIPS siasat anggota pengiring yang pukul pemandu OKU e-hailing
Pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini, sedang disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad dalam satu kenyataan pada malam Rabu berkata, siasatan yang dilakukan itu adalah dari sudut aspek tatatertib.
Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad dalam satu kenyataan pada malam Rabu berkata, siasatan yang dilakukan itu adalah dari sudut aspek tatatertib.
Pemilik platform media sosial diminta patuh undang-undang
Pemilik platform media sosial diminta mematuhi undang-undang digariskan kerajaan,
Itu penegasan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan.
Itu penegasan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan.
Proses bedah siasat jenazah selesai
Proses bedah siasat jenazah pendaki Zulkifli Yusuf telah selesai dijalankan pada Isnin (waktu tempatan) dan kini jenazah ditempatkan di rumah mayat untuk proses membawa pulang ke Malaysia
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
10 Berita Pilihan - (05 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Mahathir fail semakan kehakiman mohon prosiding RCI Batu Puteh dijalankan secara terbuka
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya prosiding RCI untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh dijalankan secara terbuka.
Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari
Belia Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun perlu menanam semangat untuk kembali ke tanah air dan menjadi pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada negara.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Badminton: Pearly mahu pastikan bebas daripada kecederaan tahun depan
Pemain beregu wanita utama negara, Pearly Tan, mahu memastikan dirinya bebas daripada sebarang kecederaan sepanjang tahun depan.
Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah singkir juara Terbuka Malaysia
Pearly Tan-M. Thinaah melakar kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada pusingan pembukaan Terbuka Perancis 2022.