TAIPING: Seorang badut yang melakukan kerja sanitasi mengubat kerinduan masyarakat untuk melihat keletah karakter lucu itu selepas kelibat mereka lama tidak kelihatan sejak penularan wabak COVID-19.
Badut antara yang 'pupus' ketika penularan pandemik itu namun, seorang badut dikenali sebagai 'Peewit de Clown' membuat kemunculan dengan melakukan kerja-kerja sanitasi dari rumah ke rumah bagi memerangi wabak berbahaya kini.
Kesungguhan melakukan aktiviti 'fogging clown' oleh Shaharul Hisam, 43, dengan mengenakan kostum badut di sekitar Taiping baru-baru ini ternyata menarik perhatian dan berjaya menggembirakan orang ramai terutamanya kanak-kanak yang kebosanan ketika berada di rumah.
Shaharul berkata,dia mula menceburi aktiviti badut bertemakan solekan Agus sejak 2012 dengan menerima tempahan untuk beraksi pada majlis keraian terutamanya Hari Kanak-Kanak dan Hari Kantin Sekolah.
Bagaimanapun, pendapatannya sebagai badut hilang selepas penularan COVID-19 berikutan tiada anjuran majlis dibenarkan untuk dia memberi perkhidmatan seperti membuat belon dan pertunjukan silap mata.
"Saya kemudian mula melakukan kerja-kerja sanitasi dengan berpakaian badut sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 untuk mencipta kelainan dan ternyata ia mendapat sambutan dan diterima masyarakat namun ia dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard iaitu saya mengenakan pelitup muka dan pelindung muka selain menjaga jarak dengan penghuni.
"Saya mempunyai beberapa pasang kostum yang dijahit oleh ibu saya malah solekan Agus ini dipilih kerana karakter yang ceria dengan ciri berbentuk hati pada mulut apabila kita senyum," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Aman sini.
Bercerita lebih lanjut, Shaharul berkata walaupun terpaksa mengambil masa antara 15 hingga 45 minit untuk bersiap menjadi badut dan hanya mengenakan bayaran rendah iaitu RM50 bagi setiap rumah namun, dia gembira melakukan kerja berkenaan.
Menurutnya, kemahiran dalam aktiviti badut boleh didalami menerusi perkongsian dalam persatuan seperti 'Kami Clown' yang ditubuhkan sejak 2012 dan Muslim Clown Malaysia sejak 2019 yang terdiri daripada ahli badut seluruh negara manakala di negeri ini, terdapat hampir 30 badut dalam Muslim Badut Malaysia Perak.
Katanya, rata-rata badut di negara ini mengharapkan negara segera pulih daripada COVID-19 supaya majlis-majlis keraian dapat diadakan dan aktiviti itu dapat kembali menceriakan suasana kerana pendapatannya menerusi kerja sanitasi hanya diperoleh kira-kira 30 peratus daripada pendapatan sebelum ini.
Sementara itu, seorang pelanggan Mohd Ezry Azmin Abdul Wahab, 41, berkata dia berminat untuk mencuba perkhidmatan fogging clown itu selepas melihat perkongsian seorang pengguna dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.
"Bagi saya ia menarik dan lain daripada yang lain malah saya tidak pernah jumpa badut membuat sanitasi seperti ini," kata bapa kepada tiga anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Shaharul Hisam, 43, dalam mood ceria dan menggayakan kostum badut semasa melakukan kerja-kerja sanitasi di sebuah rumah di Taman Aur Air Kuning, Taiping. - Bernama
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Selepas pawagam, kini sarkas pula dipersembahkan secara pandu masuk
Pengunjung yang hadir amat berpuas hati dengan persembahan dan garis panduan yang ditetapkan pihak sarkas.
Badut ketawa menghilai ketika bunuh wanita depan tiga anak
Mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa hari sebelum kejadian kerana anak kepada wanita bekenaan tidak gemarkan badut itu.