KUALA LUMPUR: "Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED (Jabatan Kecemasan). Sekarang dah nampak lantai."
Demikian perkongsian seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami, menerusi laman Facebooknya pada Sabtu.
"Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan," katanya yang percaya perkembangan positif itu disebabkan peningkatan vaksinasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Jelas beliau, kes rujukan dari Jabatan Kecemasan kepada Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pesakit COVID kritikal semakin berkurang.
"Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang," katanya lagi dalam catatan yang setakat ini menerima lebih 1,600 komen dan 9,400 perkongsian pengguna Facebook.
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 dalam kalangan warga emas juga didapati menurun sejak awal Julai, manakala jumlah kemasukan pesakit warganegara menurun sejak minggu lepas.
Tambahnya, majoriti pesakit COVID-19 yang datang menerima rawatan di hospital itu sejak minggu lepas adalah dalam kalangan warga asing.
Beliau turut berkongsi maklumat bahawa pesakit kritikal yang menerima rawatan di ICU dan pesakit meninggal dunia juga semakin berkurangan.
Katanya walaupun jumlah pesakit kategori ringan masih ramai, mereka cuma memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.
Dr Hana yang juga ahli Medical MythBuster Malaysia berkata masih ada kemasukan pesakit COVID-19 kritikal ke ICU dalam kalangan warganegara, namun terdiri daripada mereka yang tolak vaksinasi.
"Ada juga pesakit COVID kritikal dalam kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung," katanya.
Beliau berkata, empat pesakit di hospital yang telah divaksin memerlukan bantuan pernafasan hanya tiga hingga empat hari berbanding dua hingga tiga minggu bagi pesakit lain yang tidak sempat menerima vaksin.
"Mereka (yang telah divaksin) pulih dengan X-ray dada yang bersih berbanding dengan majoriti (tidak sempat divaksin) yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal," jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, jumlah pesakit COVID-19 di ICU hospital itu masih ramai hasil kemasukan pesakit sejak sebulan lepas, malah jumlah kes kematian sebelum tiba ke hospital juga masih ramai.
Melihatkan kepada situasi itu, beliau mengajak orang ramai untuk terus berusaha dan bertawakal bagi memerangi wabak COVID-19 dengan mengambil vaksin.
"Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit COVID kritikal di ICU hanya tiga orang - sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Melihatkan kepada situasi di ICU hospital, Dr Hana mengajak orang ramai untuk terus berusaha dan bertawakal bagi memerangi wabak COVID-19 dengan mengambil vaksin. - Gambar fail/Astro AWANI
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Pencahayaan malam Putrajaya meriahkan bulan kebangsaan
Pemandangan warna warni rutin yang menyinari empat lokasi ikonik di Putrajaya itu dari 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari.
Bagai nampak titik cahaya di hujung terowong gelap, kata doktor
Jelas Dr Hana, kes rujukan dari Jabatan Kecemasan kepada Unit Rawatan Rapi untuk pesakit COVID kritikal semakin berkurang.
Sekadar sindiran... - Trump nafi cadang suntikan pembasmi kuman rawat COVID-19
Pada Khamis, beliau mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pakar sains dan perubatan sebagai rawatan koronavirus.
Jana pendapatan menerusi tenaga matahari
Menerusi sistem feed-in-tariff, pengguna dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk setiap kilowatt tenaga elektrik yang dijana melalui sistem solar.