SEHINGGA Disember 2018, seramai 620 individu telah ditahan kerana penglibatan mereka dalam kegiatan bersabit terorisme.
Hampir 50 peratus daripada mereka yang ditahan ini adalah merupakan warga asing yang datang dari pelbagai negara termasuklah Indonesia, Filipina, Iraq, Iran, Libya, Perancis, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Sudan, Jordan, Nepal, Maghribi, Yemen, China (Uighur) dan Rusia (Chechen).
Tangkapan pada dua tahun yang terakhir ini menunjukkan bahawa jumlah warga asing yang ditahan telah mengatasi jumlah rakyat tempatan iaitu masing-masing 56 pada 2017 dan 28 pada 2018. Jumlah ini dijangka akan bertambah walaupun berlaku penurunan yang ketara hasil dari penguatkuasaan dan pemantauan serta pencegahan.
Walaupun perkara berkaitan terorisme ini agak tabu untuk dibincangkan dalam masyarakat Malaysia, akan tetapi keadaan yang berlaku akhir-akhir ini menjadikan subjek ini perlu diperjelaskan dan disebarluaskan.
Maklumat berkaitan terorisme tidak lagi menjadi hak eksklusif pihak berkuasa semata-mata, ia perlu diperjelaskan dan diambil serius oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Sebagai inividu yang waras dan berpendidikan, pengetahuan berkaitan terorisme tidak boleh dielakkan kerana setiap individu adalah berpotensi untuk menjadi radikal dan ekstrem jika tidak mampu memahami subjek ini dengan sebaiknya.
Mereka yang terjebak dalam kebejatan perjuangan ISIS atau menjadi teroris bukan sahaja dalam kalangan mereka yang beraliran agama semata-mata, malah golongan profesional dan cerdik pandai juga ramai yang berakhir di Syria dan Iraq mahupun di penjara sama ada di Malaysia mahupun di Turki, Pakistan, India, Indonesia, Filipina dan Teluk Guantanamo, AS.
Perkara utama yang perlu difahami oleh setiap individu bagi menggelakkan menjadi mangsa perjuangan palsu teroris ini adalah tentang memahami ajaran Islam yang sebenar. Terlalu banyak ulama atau ustaz yang mengajar Islam berada dalam negara ini.
Rata-rata individu yang terlibat telah diberikan ajaran Islam dalam versi yang berbeza dengan aliran yang diterima oleh masyarakat massa. Seharusnya difahami bahawa Islam yang datang dan dikembangkan pada hari ini bukanlah bersifat tersembunyi dan rahsia.
Sejak Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Islam telah tersebar secara terang-terangan tanpa rasa takut dan sangsi. Walaupun ketika di Makkah Islam disebarkan dengan rahsia dan secara tersembunyi kerana ancaman bunuh dan penyiksaan oleh kaum kafir Qurais, akan tetapi apabila Rasulullah SAW kembali semula ke Mekah kemudiannya, Islam sudah menjadi subjek yang jelas dan diakui kebenarannya.
Oleh itu, apabila ada kelompok yang datang kepada mana-mana individu dan menyebarkan Islam dengan cara yang sembunyi dan rahsia pada ketika ini, maka seharusnya rasa curiga berada dalam jiwa. Persoalannya mengapakah pada hari ini Islam perlu disembunyikan?
Malah Malaysia telah mengakui bahawa Islam adalah agama rasmi dan boleh disebarkan dengan aman dan bebas. Maka akibatnya ramai yang telah ditahan oleh pihak polis kerana menerima ajaran Islam yang ‘pelik’ dan menekankan konsep ‘jihad al-kital & jihad takfiri’ serta menolak sistem demokrasi yang akhirnya diterjemahkan kepada perbuatan keganasan.
Aspek kedua yang seharusnya diperhatikan oleh setiap individu dalam negara ini adalah tentang pemilikan apa-apa bahan atau simbol yang boleh dikaitkan dengan teroris. Ramai yang ditahan oleh pihak polis dan akhirnya dikenakan tindakan berkaitan adalah kerana menyimpan bahan-bahan seperti pelekat kenderaan, buku-buku dan bahan-bahan bacaan, bendera, mafla, selendang, baju-T, topi, kopiah, kalung, rantai dan lain-lain.
Kesemua bahan ini hanya didapati oleh mereka-mereka yang mempunyai akses dan berhubung dengan kelompok terroris ini. Sebahagian besar dari masyarakat sebenarnya naif dan tidak faham kesan pemilikan bahan-bahan tersebut.
Malah ada kes individu yang telah dipenjarakan dibawah SOSMA kerana menjual bahan-bahan tersebut. Setelah disiasat, mereka ini jelas tidak faham dan hanya menjual kerana bahan-bahan tersebut kelihatan cantik dan mempunyai tulisan ayat-ayat Quran tanpa mengetahui bahawa bahan tersebut adalah bersifat propaganda ISIS.
Faktor seterusnya adalah memahami bahawanya penyebaran apa-apa bentuk bahan bacaan atau mempromosikan idea ganas melalui media sosial adalah merupakan satu kesalahan yang serius.
Lebih dari 80 peratus rakyat Malaysia mempunyai akses terhadap internet, ini memungkinkan penyebaran dan perekrutan ideologi ekstrem berjalan dengan baik dan licik. Media sosial terutamanya Facebook, Instagram, Telegram dan Whatsapp telah menjadi medium ampuh penyebaran ideologi ekstrem ini.
Ramai rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana ‘mempromosikan’ keganasan melalui Facebook. Walaupun sekadar berkongsi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, ia juga dikira mempromosikan ideologi ganas ini.
Maklumat yang didapati juga mengejutkan, ISIS yang berpengkalan di Mosul mempunyai satu pasukan khas yang bertujuan untuk merekrut masyarakat massa melalui media sosial. ISIS juga mempunyai penggodam yang terlatih dan menggunakan deep & dark web sebagai medium perekrutan dan bersekongkol dengan aktiviti jenayah.
Masyarakat juga harus memahami tentang kemungkinan dikenakan tindakan dibawah SOSMA, POTA atau POCA jika terlibat dalam menyalurkan wang kepada mana-mana kumpulan pengganas. Ramai yang terjerat dan berakhir di penjara kerana tidak faham bahawa mereka telah dipergunakan oleh kumpulan-kumpulan ekstrem ini.
Sifat masyarakat Malaysia yang akomodatif dan ihsan telah memberikan ruang yang banyak kepada terroris. Pemujukan untuk menyalurkan bantuan wang ringgit atau membenarkan akaun bank digunakan dalam menyalurkan wang kepada mana-mana pihak sebenarnya telah menjadi modus operandi biasa kelompok ini.
Malah transaksi yang dicurigai berkaitan sesuatu perniagaan yang nampak ‘betul’ dari sudut perundangan tetapi mempunyai agenda tersembunyi di belakangnya. Seperkara lagi, menjadi agen pembawa wang dalam sistem ‘hawala’ iaitu sistem tradisional penyaluran wang tanpa transaksi juga adalah perkara yang seharusnya diberi perhatian. Dalam keadaan ini, lebih baik menolak daripada menyesal dikemudian hari.
Corak perjalanan juga boleh menjadi penyebab kepada penahanan dan terjebaknya seseorang kepada kegiatan yang disifatkan sebagai pengganas. Ramai yang tidak sedar memilih perjalanan yang dicurigai atau melalui kawasan konflik yang mana persamaan agama dan perjuangan boleh mendatangkan masalah.
Contohnya bagi seseorang yang sepatutnya ke Sydney dari Malaysia tidak seharusnya pergi ke Tonga terlebih dahulu kecuali dalam keadaan transit. Malah mengunjungi Rusia dan Arab Saudi hari ini juga memungkinkan seseorang itu dicurigai apabila memasuki negara Amerika Syarikat.
Memasuki Syria melalui Turki dengan tujuan melancong juga dikira mencurigakan terutamanya apabila bergerak secara sendirian atau dalam kelompok beberapa orang lelaki. Walaupun adalah agak tidak adil memberikan satu asumsi general, akan tetapi menggelakkan corak perjalanan yang mampu memberikan rasa curiga kepada mana-mana pihak berkuasa amat perlu dielakkan.
Faktor terakhir adalah berkaitan dengan individu yang ditemui. Setiap anggota masyarakat seharusnya peka dengan individu yang berada dalam senarai Polis atau Interpol. Sama ada pertemuan berlaku di negara ini mahupun ketika diluar negara, ia haruslah dielakkan.
Ada kemungkinan seseorang itu dipelawa oleh rakannya untuk ke majlis tertentu atau menemui mana-mana indvidu, maka dia harus tahu apakah majlis tersebut dan siapakah yang akan ditemuinya. Walaupun beliau hanya menemani rakan atau ahli keluarganya, akan tetapi mereka juga boleh dikaitkan dengan teroris jika tidak berhati-hati. Malah kerajaan juga harus mengelakkan individu yang kontroversial daripada hadir ke negara ini yang akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan.
Sebagai individu yang cerdik dan terdidik, rasa peka dan sensitiviti yang tinggi perlulah dimiliki. Jangan hanya kerana rupa paras, ilmu dan kebolehan bertutur dalam bahasa Arab serta kemampuan menterjemahkan Quran dan Hadis dengan baik maka semuanya dipercayai tanpa usul periksa.
Ada ramai ilmuan yang terpesong dan mempromosikan ideologi ekstrem melalui kuliah-kuliah ilmu mereka. Hati-hati dengan semua perkara yang dijelaskan diatas dan ambillah pendekatan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Setiap individu boleh masuk ke dalam jerat terroris jika gagal memahami apa yang ada di sekitarnya. Islam dan agama-agama lain di dunia ini mempromosikan keamanan dan kesejahteraan.
Jika ada mana-mana ajaran yang menggalakkan permusuhan dan pembunuhan, ia perlukan ditolak dan yang paling penting dilaporkan kepada pihak berkuasa bagi menggelakkan sesiapa sahaja terjerat dalam kepalsuan perjuangan terroris.
* Artikel oleh Dr Mohd Mizan Aslam, Pengerusi Kelab Perdana Global Peace Foundation.
** Artikel ini adalah dari pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Mohd Mizan Aslam
Wed Feb 06 2019
Perkara utama yang perlu difahami oleh setiap individu bagi menggelakkan menjadi mangsa perjuangan palsu teroris ini adalah tentang memahami ajaran Islam yang sebenar. - Gambar hiasan
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.