PENGURUSAN Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.
Malah 100 peratus saham kelab itu dimiliki oleh sebuah syarikat sejak awal Februari lalu bukan milik KLFA.
Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Aznor Dzulkarnain Aziz berkata, proses rundingan pemilikan kelab sudah bermula Disember lalu dan dimuktamadkan bulan lepas sebelum KL Rovers memohon lesen kelab.
“Bagaimana KLFA mahu jual KL Rovers. Kelab ini adalah ahli gabungan sejak 2021, tetapi bukan milik persatuan itu.
“KL Rovers milik sebuah syarikat yang mana proses rundingan, penjualan serta pemilikan sudah berlaku sejak Disember 2023 dan dimuktamadkan Februari lalu,” katanya kepada Sukan Sinar.
Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad pada Jumaat meluahkan hasrat untuk menjual KL Rovers bagi menampung tunggakan gaji para pegawai dan pemain KL City FC selama dua bulan yang mencecah RM2 juta.
Aznor menjelaskan, kenyataan tersebut mencetuskan kekeliruan dalam kalangan bakal pelabur yang berpotensi dan penaja untuk bekerjasama dengan KL Rovers.
“Kami terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak yang berhajat memiliki saham syarikat.
“Ada beberapa entiti yang berminat, namun apabila timbul cerita ini, ia mencetuskan persoalan dalam kalangan pelabur berpotensi,” katanya.
Justeru Aznor menegaskan KLFA mungkin boleh menuntut kos berkaitan penggunaan secara bersama fasiliti KL City sejak 2021 yang dianggarkan berjumlah RM500,000 bukan jutaan ringgit seperti diuarkan.
Dalam pada itu, Aznor juga percaya KL Rovers mampu memperoleh Lesen Kebangsaan dari First Instance Body (FIB) untuk beraksi dalam kancah Liga Super musim baharu ini.
Tambahnya, ia berdasarkan keupayaan kewangan, perancangan strategik pasukan, penajaan, penjenamaan dan komitmen untuk menjaga kebajikan pemain.
“Pengurusan kelab memandang jauh ke depan. Mempunyai perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang buat pasukan.
“Malah selepas mendapat lesen, saya percaya nilai KL Rover mampu mencecah jutaan ringgit,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 27 2024
Aznor menjelaskan, kenyataan tersebut mencetuskan kekeliruan dalam kalangan bakal pelabur yang berpotensi dan penaja untuk bekerjasama dengan KL Rovers. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
'Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA'
Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
KL Rovers untuk dijual
Dana yang diperoleh hasil jualan KL Rovers mampu membiayai keperluan untuk membayar tunggakan gaji yang dialami KL City FC.