Sudah lama tidak mendengar berita tentang model Outlander/Airtrek daripada Mitsubishi. Sebelum zaman Toyota Caldina mula menjadi-jadi, Mitsubisi Outlander lah yang menjadi pilihan kaki kereta yang ingin ‘cover line’ sesudah berumah tangga – si isteri sangka sang suami sudah berubah dengan membeli sebuah SUV, tetapi tidak sedar ada 4G63 di bawah bonet itu…
Tetapi itu cerita lama, setelah generasi pertama Outlander itu, keadaan menjadi senyap. Mitubishi lebih menumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk menjadikan beberapa model – seperti Outlander – lebih mesra alam. Ia menjadi model pilihan untuk mengetengahkan teknologi PHEV (teknologi hibrid dan motor elektrik), dan tidak lebih dari itu.
Di pameran New York beberapa minggu lepas, Mitsubishi telah menunjukkan rekaan Outlander terbaharu. Melihat kepada peningkatan jualan jenama ini di Amerika (pertambahan 24.8%, antara paling tinggi di negara tersebut), Mitsubishi mengambil peluang untuk memberi model ini penggayaan terkini yang akan diberi kepada model-model kenderaan Mitsubishi.
Paling menonjol adalah pemasangan gril hadapan yang dipanggil ‘Dynamic Shield’ yang dikatakan mendapat inspirasi daripada perlindungan sisi model Pajero (juga dikenali sebagai Montero di Amerika).
Di samping itu, fender hadapan dan rekaan aloi 18 inci adalah baharu, dan begitu juga dengan lampu utama LED (varian GT), stereng baharu, kemasan trim dan sistem skrin audio.
Yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar adalah perubahan kepada kekuatan kerangka dan struktur suspensi yang ditambah, suspensi dan stereng berkuasa elektrik yang direka semula, kaca penebat bunyi, bahan-bahan insulasi bunyi lain, serta ‘damper’ differential belakang.
Beberapa ciri-ciri keselamatan baharu diperkenalkan termasuk Forward Collision Mitigation (FCM), Lane Departure Warning, dan Adaptive Cruise Control diperkenalkan kepada model SEL dan GT.
Astro Publication
Wed Apr 15 2015
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mitsubishi Outlander akan muncul di Malaysia pada awal 2016
SUV tujuh penumpang ini model pertama dengan rekaan ‘Dynamic Shield’ dan pelbagai ciri keselamatan tambahan
Bagaimana rupa Outlander menjelang 2016 nanti?
Sekarang ia hanya dikenali sebagai Outlander, dan sudah tidak lagi digeruni seperti dahulu