awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris

Bernama
Bernama
02/03/2014
00:00 MYT
Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris
Kementerian Pendidikan merancang untuk memperkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin dan bahasa Tamil di sekolah kebangsaan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh hari ini.
Beliau berkata kementerian sedang mengkaji perkara itu termasuk menentukan penyediaan guru mengikut transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan, yang akan dilaksanakan mengikut fasa.
Menurutnya langkah itu bertujuan membolehkan masyarakat dapat menguasai bahasa kaum lain di negara ini.
"Sekarang ini, kita beri penekanan kepada bahasa Inggeris, beri penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan beberapa perkara yang lain...(sebab itu) kita rancangkan pelaksanaan (bahasa Mandarin dan Tamil)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program Perdana 'Lets Talk And Lets Go Global' anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Radio Televisyen Malaysia Terengganu di kampus universiti itu di sini.
Program komunikasi bahasa Inggeris itu, yang disertai 260 pelajar dari 13 sekolah di sekitar Kuala Terengganu, bermula pada 6 Julai dan berakhir 21 Dis tahun lepas.
Sementara itu, Idris menjelaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), yang kini dikaji semula, akan mengurangkan beban guru selain memastikan mereka diberi lebih masa untuk mengajar selaras dengan slogan 'Mesra Guru, Berfokuskan Pengajaran'.
Topic Berkaitan
#bahasa Mandarin
#bahasa Tamil
#Idris Jusoh
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan