awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baitulmal Perlis perlu selaras bantuan rencana - Shahidan

Bernama
Bernama
09/01/2016
23:25 MYT
Baitulmal Perlis perlu selaras bantuan rencana - Shahidan
Menurut Shahidan, segala bantuan yang disalurkan diharap dapat diselaras dan disampaikan kepada golongan sasaran dengan lebih cepat. - Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Baitulmal Perlis perlu menyelaraskan bantuan bencana alam kepada mangsa puting beliung agar tidak timbul masalah pada kemudian hari.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, selepas ini segala bantuan yang disalurkan diharap dapat diselaras dan disampaikan kepada golongan sasaran dengan lebih cepat.
"Saya tidak mahu lagi berlaku lambakan atau lebihan duit sumbangan kerana risiko ketirisan sangat tinggi apabila bagi bantuan yang diberi tidak diselaras. Saya sudah bincang dengan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam bersama pihak Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.
"Bantuan bencana alam pada masa akan datang kita akan bagi serentak," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada sembilan keluarga mangsa kejadian ribut dari Kampung Alor Redis di perkarangan Masjid Alor Redis di sini, Sabtu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) beliau berkata kuasa diberikan kepada MKN yang bermakna kuasa sepenuhnya tidak pada Perdana Menteri.
"MKN tidak mempunyai tujuan politik untuk memberi kuasa mutlak kepada PM," katanya.
Topic Berkaitan
#Alam
#bencana
#Shahidan Kassim
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan