awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAJET 2015: Diharap pertingkat khidmat barisan hadapan - Subramaniam

Bernama
Bernama
09/10/2014
05:46 MYT
BAJET 2015: Diharap pertingkat khidmat barisan hadapan - Subramaniam
Fasiliti kesihatan barisan hadapan seperti klinik kesihatan di seluruh negara perlu dinaik taraf supaya ia seiring dengan keperluan kesihatan rakyat.
Kementerian Kesihatan berharap perkhidmatan kesihatan di barisan hadapan dapat dipertingkat di bawah peruntukan Bajet 2015 bagi memberikan kemudahan kesihatan yang terbaik untuk rakyat.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata fasiliti kesihatan barisan hadapan seperti klinik kesihatan di seluruh negara perlu dinaik taraf supaya ia seiring dengan keperluan kesihatan rakyat yang meningkat setiap tahun.
"Kementerian juga berharap agar kerajaan dapat meningkatkan nisbah katil dengan menambah fasiliti kesihatan, pada masa ini kita punyai nisbah 1.8 katil untuk setiap 1,000 orang dan kita harap dapat tambah secara berperingkat sehingga ke nisbah 2.5 katil untuk 1,000 orang.
"Kita perlu buat berperingkat kerana hendak terus tambah sampai nisbah antarabangsa yang boleh dicontohi memerlukan peruntukan RM40 bilion yang saya rasa agak sukar untuk kita dapat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri Majlis Perasmian Hari Penglihatan Sedunia 2014 Peringkat Kebangsaan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Sementara itu, Subramaniam berkata pada masa ini Kajian Mata Kebangsaan Kedua sedang dilaksanakan Perkhidmatan Oftalmologi Kebangsaan, Institut Kesihatan Umum dan Pusat Penyelidikan Klinikal bermula bulan lepas bagi mengetahui punca utama masalah penglihatan dalam kalangan rakyat.
"Kali terakhir kajian ini dibuat kira-kira 15 tahun lepas dan dengan hasil kajian ini, kita harap dapat mengambil langkah perlu bagi mengurangkan masalah penglihatan dalam kalangan rakyat," katanya.
Mengulas mengenai lambakan sisa perubatan di Bukit Rambai di sini yang gagal dilupus syarikat yang bertanggungjawab, beliau berkata Kementerian Kesihatan akan mengambil langkah tegas bagi memastikan sisa itu tidak membahayakan kesihatan penduduk setempat.
"Saya mengarahkan bahagian kejuruteraan kementerian (kesihatan) untuk menyiasat perkara ini dan mengambil langkah pantas bagi mengatasi masalah ini, kementerian amat memandang serius perkara ini," katanya.
Semalam, Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan tapak pelupusan sisa perubatan itu tidak lagi menerima sisa perubatan kerana terdapat lambakan 1,200 tan sisa perubatan yang masih gagal dilupus syarikat berkenaan.
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#harapan bajet
#kesihatan
#Najib Razak
#subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan