Pembentangan Belanjawan 2015 disambut baik golongan akademik kerana dilihat terus memberi fokus kepada usaha memperkasa bidang pendidikan.
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr Wahid Omar berkata, ia terbukti dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM56 bilion kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Pemberian peruntukan kepada bidang pendidikan itu meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan iaitu RM273 bilion.
"Pelaburan yang dibuat kerajaan itu diyakini dapat memberi kesan positif dalam usaha melahirkan modal insan dan generasi muda yang berilmu pengetahuan serta mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi," katanya selepas menyaksikan pembentangan belanjawan di kediaman rasminya di UTM di sini pada Jumaat.
Tambahnya, langkah kerajaan yang memperluaskan Program MyBrain15 dengan membenarkan kakitangan kerajaan dan anggota badan berkanun melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran secara separuh masa akan membantu melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam negara.
"Secara umumnya, kerajaan masih mengekalkan jumlah besar untuk pendidikan dan ini saya rasa sangat baik kerana kalau kita lihat bajet sebelumnya peruntukan besar juga diberikan.
"Dari RM273 bilion, RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Ia lebih 20 peratus dan satu pelaburan yang akan mendatangkan hasil kepada negara," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, pengajian separuh masa kepada individu terbabit akan memberi lebih peluang kepada mereka melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.
Jelas Dr Wahid, ia sekali gus membawa kesan positif kepada pihak kerajaan dan pembangunan negara secara keseluruhan.
Wan Syamsul Amly
Fri Oct 10 2014
Pembentangan Belanjawan 2015 disambut baik golongan akademik kerana dilihat terus memberi fokus kepada usaha memperkasa bidang pendidikan.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Liga-M: Dua pemain digantung perlawanan, dua lagi diberi amaran keras - FAM
Dua pemain digantung perlawanan manakala dua lagi diberi amaran keras susulan kesalahan dilakukan dalam perlawanan saingan baru-baru ini.
Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
China kecam tindakan AS ke atas Iran
Lijian berkata AS tidak mempunyai hak untuk mendesak tindakan ke atas Iran.
Tak buang pekerja walaupun terjejas akibat COVID-19, pengorbanan majikan akhirnya berbaloi
Meskipun masih mengalami kerugian sekitar 20 peratus, namun ia jauh lebih baik daripada penurunan 55 peratus dialami pada Mac lalu.
Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bakal bertanding bagi pilihan raya penggal kedua selepas mencalonkan diri sendiri.
PM Lee umum Kabinet baharu Singapura
Lee berkata Heng Swee Keat akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi.
Wanita dipenjara atas 208 pertuduhan pecah amanah
Terdahulu, jurubahasa mahkamah mengambil masa kira-kira dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan yang dihadapi Nooriante.
Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian
Arie berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.
Korban pertama COVID-19 di luar negara layak terima bantuan PERKESO
Seorang rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Qatar akibat COVID-19 10 Jun lepas layak menerima bantuan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM 2,000 dan faedah Pencen Penakat hari ini.