awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAJET 2015: MII harap pengecualian cukai berkaitan promosi insurans persaraan swasta

Bernama
Bernama
21/09/2014
05:01 MYT
BAJET 2015: MII harap pengecualian cukai berkaitan promosi insurans persaraan swasta
Langkah ini mungkin dapat menggalakkan syarikat-syarikat insurans meningkatkan usaha mempromosi produk-produk tersebut.
Institut Insurans Malaysia (MII) berharap kerajaan mengumumkan pengecualian cukai untuk kos-kos yang berkaitan dengan promosi produk insurans persaraan pekerja swasta pada pembentangan Bajet 2015 tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata langkah ini mungkin dapat menggalakkan syarikat-syarikat insurans meningkatkan usaha mempromosi produk-produk tersebut.
"Dari segi kos operasi syarikat-syarikat insurans, ada hadnya. Kita tidak boleh melebihi peratusan tertentu. "Sekiranya mereka mendapat kelonggaran dari segi had tersebut, ini mungkin dapat menambah kesedaran mengenainya," kata beliau kepada pemberita pada Konvensyen Insurans Hayat Bumiputera 2014 di sini, hari ini.
Harapannya turut dikongsi oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yang sedang kini giat mempromosikan skim persaraan swasta.
Naib Presidennya Kamaludin Ahmad berkata kerajaan telah menyediakan pelepasan cukai sebanyak RM3,000 bagi pekerja swasta yang membeli produk insurans yang berkaitan dengan persaraan.
Bagaimanapun, katanya permintaan untuk mendapatkan produk insurans bagi kelompok tersebut masih rendah.
"Ada dua sebab, sebab pertama mungkin berpunca daripada kekurangan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia dan kita (syarikat insurans) perlu juga mengimbangi antara komisen kepada ejen dan pulangan kepada pelanggan," katanya.
Beliau bagaimanapun mengambil pendirian 'berkecuali' terhadap sebarang kenaikan nilai pelepasan cukai kepada pelanggan yang membeli insurans berkaitan persaraan.
Katanya meskipun langkah itu dilihat mampu menarik lebih ramai pekerja swasta membeli produk tersebut, beliau khuatir ia bakal mempengaruhi mentaliti rakyat terhadap "kebergantungan kepada subsidi".
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#Belanjawan
#budget 2015
#insurans
#MII
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan