Bagi memantapkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif seperti peruntukkan pakej bersepadu pada pembentangan bajet tahun lalu.
Inisiatif itu seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sepatutnya dilihat mampu meningkatkan kapasiti PKS dengan peruntukan sebanyak RM120 juta yang merangkumi aspek-aspek pembiayaan untuk program mekanikasi dan automasi PKS.
Namun, masih terdapat beberapa ruang yang dilihat dapat membantu dalam usaha pengagihan dana dan insentif kepada mereka yang memerlukannya dengan lebih berkesan.
Ini termasuk mengatasi rungutan sesetengah pengusaha yang mendakwa adakalanya idea-idea inovatif mereka untuk memajukan bidang perniagaan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan atau pun ada kalanya tergendala.
Apabila ditanya tentang peruntukan kerajaan untuk PKS, Pengarah Urusan Syarikat Agro Jerneh, Mohsein Shariff berkata,
“Kami menghadapi cabaran dari segi mendapatkan insentif-insentif yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti yang dinyatakan dalam bajet 2014, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri,
“Peruntukan itu tidak terus sampai kepada agensi-agensi yang berkaitan dan ini menjadi satu cabaran apabila kami mempunyai idea-idea baru atau pun memerlukan langkah lebih proaktif untuk mengusahakan perusahaan kami,
“Idea-idea ini tidak dapat diteruskan kerana tiada peruntukan yang khusus untuk membangunkan idea-idea tersebut.”
Walau bagaimanapun, sebagai seorang pengusaha jika terus melayan kerenah-kerenah birokrasi, seseorang itu tidak mampu pergi jauh kata Mohsein.
Sebagai seorang usahawan, dia berpendapat mereka perlu terus konsisten dan mempunyai sifat ingin terus mencuba dalam apa jua cara, tambahnya lagi.
“Kerajaan harus melihat bagaimana untuk mengurangkan pengagihan dana kepada terlalu banyak agensi.
“Perlu ada satu agensi yang khusus yang fokusnya adalah untuk membantu pembiayaan para usahawan kecil dan sederhana.
“Itu akan lebih memudahkan agensi-agensi terlibat atau kerajaan untuk memahami apa sebenarya kehendak para usahawan.”
Apabila ditanya tentang harapan beliau sempena pembentangan bajet 2015,beliau berkata,
“Saya mengharapkan dalam bajet 2015 ini, kerajaan dapat menimbang semula dari segi pelaksanaan GST,
“Hal ini kerana , walaupun kebanyakan PKS telah pun berdaftar, masih terdapat banyak yang mengambil sikap “tunggu dan lihat”, jadi perlu ada satu mekanisme penyelarasan transisi cukai lama kepada cukai baru ini agar dapat meneruskan daya saing para usahawan kecil dan sederhana.”
Selain itu, beliau juga berharap untuk melihat peningkatan insentif kepada para usahawan PKS yang telah mengaplikasikan sistem gaji minimum dalam syarikat mereka kerana produktiviti sesebuah syarikat juga bergantung kepada aliran tunai yang dapat melonjakkan daya kompetitif antara syarikat-syarikat PKS yang kemudiannya dapat menyumbang semula kepada perkembangan ekonomi.
Pengurus syarikat snek, Moola Bar itu juga ingin melihat antara lain dalam Bajet 2015, penglibatan agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan lebih meluas dan bekerjasama dengan PKS untuk menghasilkan produk yang lebih bermutu tinggi.
Perkara ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada perkembangan teknologi atau penyelidikan yang telah dilakukan, sekali gus dapat memberi manfaat kepada rakyat.
Sathesh Raj
Mon Sep 29 2014
MOSEIN: Antara cabaran PKS adalah mendapatkan insentif-insentif yang diumumkan. - Foto Astro AWANI
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
BAJET 2015: PKS perlukan lebih sokongan untuk tampil dengan idea-idea inovatif
Namun, dapat kelihatan beberapa kepincangan dalam pengagihan dana dan insentif kepada mereka yang memerlukan yang mengakibatkan idea-idea inovatif PKS untuk memajukan bidang perniagaan tergendala.