awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2016 rangsang peningkatan peratusan penggunaan pengangkutan awam

Bernama
Bernama
23/10/2015
12:40 MYT
Bajet 2016 rangsang peningkatan peratusan penggunaan pengangkutan awam
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melihat beberapa cadangan dalam Bajet 2016 bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2030. - Gambar Fail
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melihat beberapa cadangan dalam Bajet 2016 bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2030.
Dalam pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dua projek Bas Rapid Transit (BRT) akan dilaksanakan tahun depan iaitu BRT Kuala Lumpur-Klang and BRT Kota Kinabalu, yang masing-masing dianggarkan bernilai RM1.5 bilion dan RM1 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata projek-projek yang sedang dilaksanakan oleh Prasarana kini berjalan lancar dan akan beroperasi mengikut jadual. KLIK DI SINI UNTUK LAPORAN PENUH BAJET 2016
Katanya Projek Penyambungan Jajaran LRT Laluan Ampang dan Kelana Jaya akan memberi impak yang besar dalam meningkatkan lagi peratusan itu (peratusan penggunaan pengangkutan awam).
"Langkah kerajaan untuk melaksanakan projek BRT juga adalah di landasan yang betul khususnya BRT Kuala Lumpur-Klang, yang akan membantu memberi impak besar dalam mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang di samping menambah baik mutu sistem pengangkutan awam," katanya dalam satu kenyataan.
Azmi turut menyambut baik cadangan pembinaan sistem BRT di Kota Kinabalu yang pasti akan mempertingkatkan lagi mutu sistem pengangkutan awam dan gaya hidup penduduk di ibu negeri Sabah.
Selain LRT, katanya projek BRT sememangnya adalah formula terbaik dalam meningkatkan peratusan pengguna pengangkutan awam.
Topic Berkaitan
##Bajet2016
#Azmi Abdul Aziz
#Bajet 2016
#Bas Rapid Transit
#BRT
#Kota Kinabalu
#Najib Razak
#pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan