awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Johor mohon peruntukan tambahan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2021
21:00 MYT
Bajet 2022: Johor mohon peruntukan tambahan
Datuk Hasni Mohammad berkata, peruntukan tambahan itu diperlukan bagi membolehkan negeri ini menjadi pengeluar utama produk makanan memandangkan kedudukannya yang berjiran dengan Singapura. -Gambar fail
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2022 bagi memperluaskan program agenda jaminan bekalan makanan.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, peruntukan tambahan itu diperlukan bagi membolehkan negeri ini menjadi pengeluar utama produk makanan memandangkan kedudukannya yang berjiran dengan Singapura.
"Pada tahun lalu, kerajaan Persekutuan meluluskan bajet sebanyak RM35 juta bagi program agenda jaminan bekalan makanan kepada Johor.
"Justeru saya amat berharap kerajaan Persekutuan dapat membantu bagi memastikan agenda jaminan bekalan makanan di negeri ini dapat dijayakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyerahan 46 unit rumah kepada penduduk bagi projek penempatan semula perumahan Kampung Pendas Baru Fasa 2, di sini pada Ahad.
Pada Sabtu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mengadakan lawatan ke Johor mengatakan pembentangan Belanjawan 2022 dijangka akan lebih memberi perhatian kepada perkembangan industri pertanian dan penternakan.
Katanya, jaminan makanan dan sektor pertanian akan tetap diberi keutamaan bagi membina asas untuk penambahbaikan agar negara tidak terlalu bergantung kepada sumber makanan import pada jangka panjang.
Artikel asal di Sinar Harian: Bajet 2022: Johor mohon peruntukan tambahan
Topic Berkaitan
#Johor
#bajet 2022
#Hasni Mohammad
#bekalan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan