KUALA LUMPUR: Golongan belia mahu kerajaan mempertimbangkan perluasan infrastruktur jaringan telekomunikasi Generasi Kelima atau 5G, memperkembangkan sektor ekonomi gig dan peningkatan gaji minimum dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Okt ini.
Presiden Kelab Belia Prihatin Luqman Hakim Md Zim berkata kerajaan perlu mempertimbangkan penyediaan infrastruktur berkenaan secara menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar bagi merancakkan sektor ekonomi digital yang kini mula dipelopori golongan belia.
Beliau berkata langkah itu mampu merapatkan jurang pendapatan memandangkan kemudahan jaringan berkenaan ketika ini lebih terfokus di kawasan bandar.
"Saya rasa kerajaan perlu memanfaatkan ekonomi digital ini dan memberikan infrastruktur yang menyeluruh agar negara mampu meningkatkan daya saing dalam generasi belia sekali gus merancakkan ekonomi negara," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan harus memperkembangkan sektor ekonomi gig dengan bukan sahaja memberi peluang kepada penghantar barangan atau p-hailing tetapi juga melibatkan pekerjaan berkemahiran tinggi.
"Kerajaan seharusnya memperluaskan lagi sektor ekonomi gig ini dengan mempromosikan pekerjaan yang melibatkan pekerja berkemahiran tinggi seperti pereka grafik, pereka animasi, coding dan sebagainya," katanya.
Pensyarah Kanan di Jabatan Ekonomi dan Statistik Gunaan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM) Dr Diana Abdul Wahab turut menyarankan kepada kerajaan untuk mengkaji masalah over-education yang menyebabkan sesetengah golongan belia dan graduan yang tidak bekerja dalam bidang yang dipelajari di universiti tetapi memilih untuk bekerja dalam sektor ekonomi gig seperti p-hailing.
"Sebagai contoh graduan kejuruteraan tetapi bekerja dalam ekonomi gig yang tidak memerlukan kelayakan yang dimiliki oleh graduan tersebut. Pelaburan masa, tenaga, dan kewangan graduan tersebut selama tiga hingga empat tahun di universiti untuk mendapatkan kemahiran itu tidak dapat dimanfaatkan," katanya.
Beliau berkata kerajaan harus mengenal pasti lompong dalam pasaran kerja yang menyebabkan banyak berlaku over-education dan usaha yang paling berkesan bagi memastikan graduan berkemahiran tinggi dapat digunakan untuk pembangunan negara.
Selain itu, Diana mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula gaji minimum yang wajar kepada golongan belia dengan memberi insentif khusus kepada perniagaan kecil dan sederhana dan berfokuskan pengambilan pekerja tempatan.
"Jika kita mampu berikan gaji bermaruah kepada belia tempatan, saya pasti ramai yang sanggup bekerja di sektor pertanian, pembinaan, dan sebagainya.
"Kita tidak mahu lambakan pekerja asing atas alasan sukar untuk mencari warga tempatan untuk mengisi kekosongan pekerjaan. Ini merupakan asalan sesetengah majikan yang memanipulasi pekerja asing dengan memberikan gaji yang terlalu rendah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Luqman Hakim berkata, kerajaan perlu memanfaatkan ekonomi digital dan memberikan infrastruktur yang menyeluruh agar negara mampu meningkatkan daya saing dalam generasi belia. - Gambar hiasan
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.