KOTA KINABALU: Bajet 2023 diharap dapat memperkenalkan pelbagai inisiatif pemerkasaan ekonomi di Sabah yang seterusnya mampu mengatasi isu pengangguran terutama dalam kalangan belia di negeri ini, kata Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Abqaree Fawwaz Abekan.
Beliau berkata isu pengangguran di negeri ini membimbangkan apabila tahun lepas hampir 200,000 penganggur direkodkan di negeri ini dan kira-kira 45,900 belia Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung bagi mendapatkan peluang pekerjaan serta meningkatkan tahap ekonomi keluarga.
"Ini suatu kerugian untuk Sabah sendiri kerana sumber modal insan yang kita perlukan bagi memajukan Sabah berhijrah ke Semenanjung, justeru MBS berharap kerajaan melalui Bajet 2023 dapat melaksana mekanisme penggalak bagi pertumbuhan ekonomi.
Dengan adanya pertumbuhan ekonomi mampan, MBS percaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat dijana antaranya dengan pertambahan industri dan perniagaan di negeri ini yang seterusnya meningkatkan tahap ekonomi penduduk," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagi memperkasa ekonomi di Sabah, katanya Bajet 2023 yang dijadual dibentang Jumaat ini diharap mempunyai inisiatif penting dalam membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mengkukuhkan sektor ekopelancongan di negeri ini.
Abqaree Fawwaz berkata dalam membantu usahawan PKS, MBS berharap Bajet 2023 dapat memperkenal usaha untuk menjalin kerjasama usahawan tempatan dengan pelabur luar negara, selain menyalurkan dana yang membantu usahawan untuk pergi lebih jauh dalam perniagaan mereka.
Beliau berkata pemerkasaan sektor ekopelancongan pula penting bagi meningkatkan tahap ekonomi penduduk terutama di kawasan luar bandar dan memberi peluang kepada penduduk khususnya belia luar bandar menjana pendapatan menerusi ekopelancongan.
"Perpindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara pada 2045 juga mampu melonjak ekonomi Sabah tetapi langkah mesti dibuat bermula sekarang terutama melalui Bajet 2023 untuk meraih limpahan ekonomi daripadanya, jika sudah pindah pada 2045 baru ambil langkah itu sudah terlambat," katanya.
Katanya belia di negeri ini juga berharap Bajet 2023 dapat memperkenal pelbagai langkah bagi menangani peningkatan kos sara hidup pada masa ini terutama isu kenaikan harga barang dan inflasi yang semakin meningkat.
"Inflasi pada Ogos 2022 meningkat 4.7 peratus dan inflasi makanan melonjak naik 7.2 peratus, MBS melihat peningkatan ini memberi kesan negatif kepada belia iaitu penurunan kuasa beli dan peningkatan kos sara hidup terutama belia status B40," katanya.
Abqaree Fawwaz berkata MBS juga berharap Bajet 2023 juga dapat memperkenal insiatif bagi membolehkan belia lebih celik dalam pendidikan kewangan terutama soal berbelanja bagi mengelak pertambahan bilangan mereka yang muflis dalam kalangan belia.
"Selain itu menambah Bantuan Keluarga Malaysia kepada 50 peratus dan meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan belia juga diharap dapat dilaksana dalam Bajet 2023 bagi meingkatkan tahap ekonomi serta kewangan belia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Bajet 2023 diharap dapat memperkenalkan pelbagai inisiatif pemerkasaan ekonomi di Sabah yang seterusnya mampu mengatasi isu pengangguran terutama dalam kalangan belia di negeri ini.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.