PUTRAJAYA: Peruntukan RM3.4 bilion yang diterima Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Bajet 2023 merupakan tertinggi dalam sejarah, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Rina dalam kenyataan hari ini berkata peruntukan itu menyaksikan peningkatan sebanyak 26.46 peratus berbanding RM2.67 bilion pada 2022.
"Ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk menjaga golongan yang paling terkesan dan memerlukan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.
"Ia juga dapat memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Keluarga Malaysia khususnya golongan sasar KPWKM," katanya.
Beliau berkata RM3.1 bilion daripada peruntukan tersebut akan digunakan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM195 juta lagi bagi perbelanjaan pembangunan.
Menyifatkan Bajet 2023 yang bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' sebagai mesra Orang Kurang Upaya (OKU), beliau berkata pihaknya amat berbesar hati dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi menjaga kepentingan serta kebajikan golongan itu, melibatkan elaun pekerja OKU, bantuan OKU tidak bekerja dan insentif penjagaan pesakit kronik.
Menurut Rina belanjawan itu turut mengarus perdana gender melalui penubuhan Gender Focal Team, penguatkuasaan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual (AGS) dan pengecualian cukai bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh.
"RUU AGS yang telah diluluskan di Parlimen akan dilaksanakan melalui Tribunal Antigangguan Seksual dan program advokasi dengan peruntukan sebanyak RM10 juta tahun depan. Insentif pengecualian cukai turut diberikan kepada wanita yang kembali bekerja mulai 2023 hingga 2028," katanya.
Rina berkata terdapat peningkatan peruntukan bantuan bulanan kebajikan iaitu RM2.5 bilion berbanding RM1.8 bilion pada 2022.
"Peningkatan ini bertujuan memastikan lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu dengan peluasan syarat permohonan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan 2019," katanya dan menambah RM1 bilion diperuntuk bagi kebajikan warga emas.
Beliau berkata KPWKM akan terus menyokong pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation yang diterapkan dalam Bajet 2023 bagi memastikan Keluarga Malaysia Makmur Bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2022

Rina berkata terdapat peningkatan peruntukan bantuan bulanan kebajikan iaitu RM2.5 bilion berbanding RM1.8 bilion pada 2022. - Gambar fail

'Love Scam' antara kes tertinggi dengan nilai kerugian lebih RM365 juta
Penipuan 'Love Scam' merupakan antara kes jenayah tertinggi direkodkan dalam tempoh 2018 hingga bulan Februari lepas, dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM365 juta.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN - Saifuddin
Keputusan BN menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam PRN adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

AWANI Ringkas: Lanjutan pelepasan cukai SSPN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isi rumah penyumbang utama sisa makanan Malaysia
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata isi rumah Malaysia merupakan penyumbang utama sisa makanan dalam negara iaitu sebanyak 38 peratus. Hal ini kerana kurangnya perancangan berkaitan penyediaan makanan dan pengurusan sisa makanan tersebut.

Makanan dibuang rakyat Malaysia boleh penuhi Menara Berkembar Petronas
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata dalam masa dua minggu rakyat Malaysia membuang sisa makanan yang boleh memenuhi ruang dalam Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, tegasnya memastikan pembaziran ini dihentikan adalah tanggungjawab semua pihak.

Peniaga perlu nilai jumlah sisa harian, rancang hari berikutnya
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata peniaga perlu menilai jumlah sisa makanan dan bukan makanan yang dihasilkan pada satu-satu hari. Seterusnya, mereka perlu merancang kuantiti bahan dihasilkan pada hari lain dengan menyesuaikan kepada permintaan pengguna.

55 peratus paip pecah berusia 30 tahun - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata berdasarkan statistik penyedia perkhidmatan air itu 55 peratus insiden paip pecah melibatkan paip berusia sekitar 30 tahun. Air Selangor memiliki jajaran paip sepanjang lebih kurang 30,000 kilometer yang digunakan sejak 1960-an, dan proses menggantikan paip usang ini giat dijalankan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini mengumumkan penyambungan semula rangkaian antarabangsanya dengan mengalu-alukan penerbangan pertama yang tiba dari Guangzhou melalui AirAsia.

Asingkan bahan kering, basah panjangkan hayat makanan
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata tips paling mudah untuk peniaga memastikan kualiti makanan terjamin adalah dengan mengasingkan bahan kering dan basah dalam makanan yang dijual. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada pengguna untuk mengawal sendiri jumlah sebatian yang diingini dalam makanan mereka.

Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata statistik menunjukkan kadar pencemaran air menurun antara 2020 sehingga 2022. Lanjutan itu, pencemaran yang mengakibatkan gangguan bekalan air juga kecil bilangannya iaitu hanya 19 insiden berbanding 210 kes pencemaran air yang direkodkan dalam julat tahun berkenaan.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 - Ahmad Maslan
Kerajaan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 bagi memastikan setiap cadangan pembangunan melalui peruntukan yang telah diumum menerusi Belanjawan 2023 hari ini dapat dicapai.

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

#SuaraMalaysia: Rakyat tunggu pengumuman subsidi dalam Belanjawan 2023
Didapati 59 peratus menyatakan mereka paling menantikan pengumuman berkaitan subsidi.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.