KUALA LUMPUR: Peruntukan RM1.3 bilion kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini, selari dengan Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040, kata Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
Beliau berkata peruntukan berkenaan merupakan yang terbesar dan meningkat sebanyak 30 peratus, berbanding tahun lepas iaitu RM727 juta.
"Daripada peruntukan itu, sebanyak RM485 juta akan digunakan bagi menyelenggara 70 kapal dan 193 bot, yang sebahagiannya masih dalam proses penyelenggaran tahun ini.
"Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan perairan negara dapat dilihat menerusi pembentangan Bajet 2023, apabila APMM menerima peruntukan RM1.3 bilion," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Zubil berkata peruntukan itu, akan digunakan bagi memajukan APMM daripada pelbagai aspek lain seperti belanja mengurus termasuk sumber manusia, menyelenggara pejabat, jeti dan lokap, stesen udara maritim, selenggara pesawat udara, Pusat Operasi di zon dan negeri, pusat kawalan radar Sistem Pengawasan Laut dan lain-lain lagi.
Beliau berharap peruntukan yang diterima itu, dapat melengkapi keperluan agensi secara berfasa serta yakin bajet itu adalah berdasarkan kepada kesejahteraan rakyat, memandangkan ekonomi Malaysia ketika ini masih di peringkat pemulihan dan sedang melonjak pulih susulan pandemik yang melanda negara pada tahun sebelum ini.
Hari ini Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2023 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat hari ini berkata Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM18.3 bilion dan RM17.4 bilion untuk terus memperkukuhkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata peruntukan berkenaan merupakan yang terbesar dan meningkat sebanyak 30 peratus, berbanding tahun lepas iaitu RM727 juta. - Gambar fail/BERNAMA

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

Malaysia Madani | Hormat dan saling percaya penting untuk ubah landskap politik
Hormat dan saling mempercayai adalah penting untuk mengubah landskap politik Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ia merupakan sebahagian elemen dalam konsep Madani yang diperkenalkannya yang bertujuan memastikan pembangunan negara tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Jeti runtuh Pulau Pababag: KPM siasat insiden, arah sediakan laluan lebih selamat
KPM telah meminta agar kerajaan tempatan menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah.

Bajet 2023: Peruntukan RM1.3 bilion APMM selari dengan Pelan Perancangan Strategik Maritim
Peruntukan RM1.3 bilion kepada APMM dalam Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini, selari dengan Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040.