awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar kereta: 'Perbezaan pandangan tidak mewajarkan tindakan melampau batas' - Takiyuddin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/01/2024
11:10 MYT
Bakar kereta: 'Perbezaan pandangan tidak mewajarkan tindakan melampau batas' - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, Pas memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang dilakukan ke atas kediaman Koo Ham. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbezaan pandangan dan kepercayaan tidak mewajarkan sebarang tindakan yang melampaui batas undang-undang serta akhlak, terutama yang boleh mengancam nyawa serta keselamatan harta benda, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau mengulas insiden perbuatan khianat terhadap kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang terletak di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Perak, awal pagi Rabu.
"Jika dilihat dari sudut mana sekalipun, perbuatan sedemikian tidak boleh diterima sama sekali, bukan sahaja kerana bercanggah dengan undang-undang, tetapi juga berlawanan dengan prinsip asas kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Justeru Takiyuddin berkata, semua usaha mesti diambil bagi menyuraikan ketegangan yang mungkin berlaku akibat perbezaan-perbezaan itu dengan segera, adil dan bijaksana.
Selain itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu meminta, semua pihak supaya lebih peka dan cermat ketika menyuarakan pandangan, pendirian atau cadangan yang boleh menyumbang kepada ketegangan serta suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan berkemungkinan menjadi 'percikan api' yang memulakan kebakaran lebih besar.
Dalam pada itu, Pas berharap Koo Ham dan keluarga terus bertenang dan tidak terlalu terkesan dengan insiden tersebut atas kesedaran bahawa beliau sentiasa memperoleh simpati dan sokongan moral semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, selain mendapat perlindungan undang-undang yang berkuat kuasa di negara kita.
Katanya, Pas memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang dilakukan ke atas kediaman Koo Ham.
Sebelum ini, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan penemuan botol disyaki mengandungi 'molotov cocktail' dipercayai punca kebakaran tiga kereta milik Koo Ham di kediamannya.
Menurutnya, pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati, kebakaran itu mengakibatkan kereta Mercedes Benz musnah terbakar.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#molotov cocktail
#Ahli Parlimen Beruas
#Ngeh Koo Ham
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan